Muatnaik Gambar Swafoto Ke Akaun Facebook Pemilik Telefon Pintar Yang Dicuri, Remaja Ini Tidak Tahu Sebenar Mereka Tersilap Langkah

Difahamkan telefon pintar milik ayah lelaki itu telah dicuri semalam dari dalam kereta di kawasan sebuah masjid di Bukit Rambai, Melaka.

SEORANG lelaki terkejut apabila melihat terpapar gambar dua orang remaja dalam akaun Facebook milik ayahnya.

Tanpa disangka-sangka, hari ini (5 Febuari 2019), kelihatan gambar dua orang remaja lelaki dengan gaya ‘selfie’ dimuat naik (update) menerusi akaun facebook milik mangsa.

“Ada orang curi telefon ayah saya, dan sekarang dia betul-betul berani kerana dia kemaskini story ayah saya (Facebook’s story) dengan separuh wajahnya.”

“Petunjuk, tahi lalat bawah bibir. Saya nak tahu, kalau orang buat macam itu dekat bapak dia, sama ada dia gembira atau macam mana.”

“Harap bapak dia tak hidup lagi, malu bapak dia dapat anak pencuri atau bapak dia ajar anak dia mencuri kot,” tulis Nur Shazleen Yusof menerusi akaun facebook miliknya.

Nur Shazleen turut meminta orang ramai melaporkan akaun Facebook milik bapanya.

“Tolong lapor ramai-ramai akaun ayah Saya sebelum dia buat sesuatu yang tidak patut kepada akaun ayah saya,” tulisnya.

Selepas kiriman itu mula tersebar, salah seorang pengguna facebook telah berjaya mengesan lokasi kedua remaja itu berswafoto.

Menurut Nur Hasween, gambar ‘selfie’ itu telah diambil oleh remaja berkenaan di sebuah tempat menunggu bas depan Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai Melaka.

Hampir setiap orang pernah melalui pengalaman kehilangan handphone tidak kiralah terjatuh, dicuri atau terlupa tempat dimana handphone tersebut disimpan.

Tahukah anda bahawa terdapat cara untuk mengesan lokasi jika handpone anda hilang?

Sebelum anda membuat keputusan untuk ‘mendermakan’ handphone hilang tersebut dan membeli handphone baru, cuba dahulu cara ini.

Jika handphone hilang jangan terus ‘call’

Jangan, jangan dan jangan buat panggilan pada handphone tersebut KECUALILAH anda pasti handphone tersebut hanya hilang dalam rumah sahaja. Dalam erti kata lain anda lupa dimana handphone tersebut diletakkan.

Terdapat kebarangkalian besar telefon anda diambil, dijumpai dan disimpan oleh individu yang tidak bertanggunjawab atau secara ringkasnya, dicuri.

Cara mengesan lokasi handphone

Terdapat dua cara: ‘Android Device Manager‘ untuk pengguna telefon Android dan ‘Find my iPhone‘ untuk pengguna iPhone.

UNTUK ANDROID: GUNAKAN ‘ANDROID DEVICE MANAGER’

Jika anda pernah menggunakan handphone anda untuk memuat turun aplikasi daripada Google Play anda boleh menggunakan aplikasi ini.

Pergi ke halaman Android Device Manager – Google dan masukkan akaun google anda. Akaun google tersebut mestilah sama seperti akaun yang anda gunakan untuk handphone anda.

Login ke android device manager untuk mengesan lokasi handphone hilang

Jika handphone anda tidak dimatikan dan masih mempunyai sambungan internet, Android Device Manager akan memberikan lokasi kedudukan handphone tersebut.

lokasi handphone dipaparkan dalam android device manager

Terdapat juga beberapa pilihan yang boleh anda buat seperti:

  1. Ring – Membunyikan handphone anda
  2. Lock – Mengunci dan,
  3. Erase – Memadam data sensitif.

find my phone dalam google search

Teknologi Google juga membolehkan anda mengesan kedudukan handphone anda (android) dengan hanya menaip perkataan “Find my phone” dalam Google Search dengan syarat anda mestilah suda sedia login dalam akaun google anda.

UNTUK IOS: GUNAKAN ‘FIND MY IPHONE’

Pergi ke halaman icloud.com dan login menggunakan iCloud account anda.

Pilih dan klik ‘Find iPhone’ pada menu utama dan kemudian klik pada ‘All Devices’ pada bahagian atas browser anda.

Pilih nama iPhone anda untuk memaparkan kedudukan semasa. Anda boleh ‘Zoom in’ untuk kedudukan yang lebih jelas.

Terdapat beberapa pilihan yang boleh anda buat seperti

  1. play sound – membuatkan handphone anda berdering
  2. Lost mode – masukkan no telefon. No telefon akan terpapar pada screen iPhone anda.
  3. Erase – Anda boleh memadamkan data yang ada pada handphone anda.

Jika percubaan anda untuk mengesan lokasi handphone menggunakan ‘Android Device Manager’ atau ‘Find My iPhone’ barulah cuba buat panggilan ke atas handphone tersebut.

Terdapat kemungkinan juga orang yang menjumpai handphone tersebut akan menyambut panggilan anda dan seterusnya mengembalikan handphone tersebut kepada anda.

MINTA BANTUAN DARIPADA ‘SERVICES PROVIDER’

Kerajaan Malaysia ataupun lebih tepat lagi Malaysia Communications and Multimedia Commission (MCMC) telah memperkenalkan satu servis yang dipanggil Public Cellular Blocking Service (PCBs).

Apabila fungsi ini diaktifkan handphone yang dilaporkan tersebut akan di ‘block’ sehinggalah handphone tersebut dikembalikan kepada pemilik sebenar. Hanya pemilik sebenar yang boleh ‘unblock’ handphone tersebut.

Apabila handphone tersebut di ‘block’, handphone tersebut tidak akan dapat disambungkan kepada rangkaian telefon seperti Celcom, Digi, Maxis dan sebagainya. Dalam erti kata lain handphone tersebut tidak lagi dapat berfungsi sebagai alat telekomunikasi.

Berikut merupakan langkah yang anda boleh ambil dalam kes ini:

  1. Buat laporan polis (untuk memudahkan urusan jika handphone tersebut berjaya dijumpai)
  2. Buat laporan pada ‘service provider’ untuk telekomunikasi anda (celcom, Digi, Maxis dan sbg)
  3. Service provider anda akan menghantar no IMEI handphone anda kepada PCBs.
  4. PCBs akan menghantar IMEI tersebut kepada semua ‘service provider’ yang ada di seluruh dunia.
  5. Handphone yang mempunyai IMEI yang dilaporkan akan di ‘block’.

Selain itu, anda juga boleh mendaftarkan IMEI anda secara percuma di portal BlockMyPhone yang mana dimiliki oleh MCMC.

Sistem BlockMyPhone ini mempunyai rangkaian dengan pihak berkuasa dan juga pihak luar yang boleh dipercayai yang mana akan memudahkan pengembalian handphone yang hilang tersebut jika berjaya dijumpai.

BUAT LAPORAN P0LIS

Jika anda pasti handphone anda dicuri jangan lupa untuk membuat laporan polis.

Dengan laporan polis dan bukti-bukti yang anda ada anda mempunyai peluang untuk mendapatkan semula handphone anda.

Handphone Hilang: Persediaan awal yang boleh dibuat

LETAKKAN NO TELEFON PADA SCREEN SAVER

Letakan nama dan nombor telefon orang yang boleh dihubungi pada screen saver handphone anda. Mesej ringkas seperti ” Kecemasan: Hubungi Mr. Ranjuta 019-999 9999″ sudah cukup memadai.

Ini adalah perkara penting yang sepatutnya dibuat oleh semua pemilik smartphone. Kebanyakan pemilik smartphone menghidupkan fungsi automatik lock pada handphone mereka.

Jika handphone anda hilang dan dijumpai oleh ‘orang yang baik’, dengan keadaan handphone anda yang berkunci mereka tidak tahu siapa yang patut dihubungi.

Ini juga penting jika anda terlibat dengan apa-apa jenis kecemasan (Minta dijauhkan).

GUNAKAN APLIKASI ‘PREY’

Sebagai alternatif lain, anda boleh menggunakan aplikasi ‘Prey’.

Prey adalah aplikasi separuh percuma. Namun begitu fungsi percuma yang ditawarkan sudah memadai.

Pilihan yang ditawarkan untuk fungsi percuma adalah:

  1. Alarm: Bunyi yang kuat untuk memudahkan anda mencari handphone anda
  2. Message: Memaparkan mesej pada skrin handphone tersebut. Anda boleh letakkan no telefon yang boleh dihubungi disini.
  3. Camouflage: Menghilangkan ikon ‘Prey’ agar si pencuri tidak sedar dia sedang jejak.
  4. Lock: Anda boleh mengunci handphone secara remote.

Selain itu, ‘Prey’ boleh mengambil gambar secara sembunyi-sembunyi menggunakan kamera handphone tersebut.

Ini merupakan fungsi yang amat menarik kerana dengan gambar tersebut peluang anda untuk mendapatkan semula handphone yang hilang tersebut menjadi lebih besar.

Jika anda berminat anda boleh memuat turun aplikasi ini untuk: Android atau iOS.

Note: Jika post ini bermanfaat, kongsikan kepada rakan anda. Jika anda mempunyai cara lain anda boleh nyatakan dalam ruangan komen dibawah.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LimauManis

 

Sumber : KLViral


Hantar Komen