Resepi Shell Out Yang Sangat Sedap!

Untuk resepi Shel Out ni.. anda boleh gunakan apa-apa sahaja makan laut yang anda suka. Ketam, udang, kupang, kerang, kepah, sotong, lala, remis, pepahat, isi ikan dan apa-apalah yang menepati citarasa.. tapi.. jangan lah campurkan ayam dan daging.. dah namanya Shell out kan…. mestilah makanan laut.. ye tak..!

Walaupun Suraya kata jangan tambah apa-apa lagi dah sebab resepi ni dah cukup complete! dari segi rasa, namun ita tetap nak ubah.. hihi ita lebihkan sedikit cili sebab nak makan sampai berasap telinga! lagi pedas lagi kaw!

SHELL OUT COMFIRM SEDAP

Makanan Laut

  • Ketam
  • Udang
  • Kerang
  • Sotong
  • Lala
  • Pepahat
  • Remis
  • Kupang
  • Isi ikan ~ terpulang lah nak isi ikan apa. ( yang ni ita tak letak )* Sukatan bahan makan laut ni terpulang, tapi haruslah bersesuaian dengan sukatan bahan rempah yang di sediakan.Semua makanan laut ini di cuci bersih. Didihkan air bersama sedikit garam. Kemudian di rebus secara berasingan. Bukan rebus lama-lama tau! ala-ala macam celur aje.. sebab makan laut kalau over cooked nanti liat tak sedap! nak dia half cooked aje supaya bila masuk dalam rempah cepat aje kita masak.Dah masak angkat dan ketepikan 

Bahan Sayur-sayuran

Jagung manis ~ potong 3

Brocoli ~ di potong kecil

Kentang ~ potong wages atau belah 4

Carot ~ hiris bulat

Bunga kubis ~ potong kecil

Semua bahan sayuran ni di celur. Didihkan air dengan sedikit garam, kemudian celurkan sayur-sayuran kecuali kentang dan jagung tu kena rebus sampai empuk.

 

Bahan Rempah 

Bahan A ~ di kisar

20 tangkai cili kering ~ buang biji dan rendam lembut ( kalau nak pedas boleh lebihkan )

2 labu bawang besar

15 ulas bawang merah

2 labu bawang putih ( 10 ulas )

1 inc halia

1 inc belacan

1 gengam udang kering ~ rendam lembut

Satukan semua bahan bersama air dan sedikit minyak masak, dan kisar hingga halus

 

Bahan B ~ di tumis

 

6 ulas bawang putih ~ di hiris halus

6 ulas bawang merah ~ di hiris halus

1 inc halia ~ di hiris halus

5 tangkai daun kari ~ di lurut daunnya sahaja

10 biji cili padi ~ di hiris halus ( nak pedas lebihkan )

2 batang serai ~ di titik ( ita tambah )

Minyak untuk menumis

1 sudu besar butter / margerine

 

Bahan C ~ perasa

3 sudu besar serbuk kari ikan

3 sudu besar sos tiram

3 sudu besar sos ikan

1 sudu teh serbuk lada hitam

1 kiub pati ayam

garam dan gula secukup rasa

 

Panaskan minyak bersama butter dalam kuali.

Masukkan bahan bahan tumis ( bahan B ) dan tumis hingga harum dan garing.

Bila dah garing, masukkan bahan kisar ( bahan A ) masak sampai garing. Masak ni biar lama-lama sikit biar cili betul-betul garing dan masak. Jika

kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air dan masak lagi

Kemudian masukkan bahan perasa ( bahan C )

Mulakan dengan rempah kari, masak kejap bagi garing, kemudian baru masukkan sos tiram, sos ikan, serbuk lada hitam , kiub ayam dan gula.

Kemudian baru masukkan garam

* berhati-hati dalam penggunaan garam kerana sos tiram dan sos ikan dah masin.

Biarkan kuah merenih sebentar.

Angkat dan masukkan dalam periuk lain

Tinggalkan 1 senduk besar dalam kuali

Panaskan semula dan masukkan kupang, masak sebentar ~ angkat

Panaskan 1 senduk besar lagi kuah dan masukkan ketam, masak sebentar ~ angkat

Panaskan 1 senduk besar lagi kuah, masukkan sotong, udang, brokoli, bunga kubis dan karot, masak sebentar ~ angkat

Masak seafood berasingan ya, ketam dulu, kerang, kupang dan lain-lain. 

Sayur-sayuran tu ita masak sekali berasama sotong dan udang. 

Yang lain ita tak letak sayur. 

Jagung dan kentang ita tak masak dengan kuah, ita biarkan sahaja di rebus begitu.

Resepi Oleh : Auntie Nani

 

Sumber: norazlitaaziz.blogspot

Hantar Komen