Mee Rebus Gear Box Fuh! Sedap Giler..

Sebenarnya hari tu suami kita beli banyak tulang gear box ni.. terlanjur anak-anak dan anak kita Amirul pun pulang cuti hujung minggu, maka ita sediakanlah mee rebus kesukaan kami sekeluarga.

MEE REBUS GEAR BOX

Bahan-bahan

  • 1 kg mee kuning – di celur dan di toskan
  • 2 cwn taugeh – di celur dan di toskan
  • 4 biji keledek – direbus dan di kisar halus 
  • 4 biji telur – direbus dan di belah 2
  • 4 kpg tauhu – di goreng dan di hiris nipis
  • lada merah da lada hijau – hiris
  • bawang goreng
  • limau kasturi – di belah 2
  • daun sup dan daun bawang – di hiris

Bahan Kuah

  • Tulang gear box secukupnya – di rebus terlebih dahulu hingga empuk
  • 4 biji keledek – yg telah di rebus dan dikisar tadi
  • 15 btng cili kering – dikisar
  • 10 biji bawang merah – dikisar 
  • 5 ulas bawang putih – dikisar
  • 3 batang serai – dikisar
  • 1 inci lengkuas – dikisar
  • 3 sb udang kering – dikisar
  • 2 sb serbuk kari daging
  • 1 cwn air atau secukupnya untuk blend bhn2.
  • 1 kiub ikan bilis 
  • 1 kiub daging 
  • 2 cwn santan pekat 
  • 2 kpng asam keping 
  • 1 buku gula melaka 
  • garam dan gula secukup rasa 
  • minyak untuk menumis.

Penyediaan Awal

  • Tulang gear box di rebus dahulu hingga empuk
  • Kupas keledek, potong kecil dan rebus hingga lembut, lenyek keledek semasa panas hingga halus. Ketepikan.
  • Sementara itu rebus telur….dah siap, kupas kulit telur dan biarkan ketepi.

Penyediaan Kuah

  • Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan gear box rebus bersama air rebusan 
  • Bila mendidih, masukkan keledek lenyek tadi, kacau hingga rata.
  • Tambah sedikit air jika perlu.
  • Perasakan dengan garam dan gula (selalunya kuah mee rebus mmg ada rasa sedikit manis) dan biar mendidih.
  • Masukkan santan dan asam keping, masak hingga pekat.
  • Rasa dan jika ok, boleh dimatikan api.

Penghidangan

 Masukkan sedikit mee dalam mangkuk, susun tauhu dan telur rebus, cedok kuah bersama2 isinya dan tuang atas mee, hias dengan taugeh, taburan daun bawang/daun sup, bawang goreng, hirisan cili hijau dan belahan limau kasturi.

 

 

Sumber: norazlitaaziz 

Hantar Komen