Petua Yang Mudah Untuk Menghilangkan Angin Dalam Badan Kita

Air minuman ini telah diberikan cara-cara membuatnya oleh pembantu yang datang berkemas rumah, orang Indonesia,katanya dapat menghilangkan tidak sedap badan juga boleh membuang angin, hujan sejuk dingin kena sangat la dengan cuaca sekarang.

Minum suam-suam boleh juga memanaskan badan pun sedap juga tak pahit pun. Jom minum. Minuman Halia, Serai, Kulit Kayu Manis.

Resepi

  • 2 cawan air
  • 2-3 ruas jari halia buang kulit dan diketuk
  • 1-2 btg serai diketuk diperdu
  • 1-2 btg kulit kayu manis
  • 5 biji cengkih
  • Gula melaka sekeping.
  • Masuk kesemua bahan ke dlm periuk,masak sehingga mendidih.
  • Minum ketika suam.

Semoga Bermanfaat kepada pembaca. 

Kredit : makcik ratu

 

Sumber: Petua Ibu 


Hantar Komen