Wow! Foto Bersama Marissa, Netizen Terkejut Abby Abadi Dilihat ‘Makin Kurus’ Nak Jadikan Idola!

Siapa sangka, pengkongsian Abby Abadi dilaman Instagram baru-baru ini membuatkan ramai yang melihat perubahannya yang dikatakan sudah semakin kurus.

Abby menerusi Instagram, sekadar ingin promosikan bajunya yang dijual namun lain pula jadinya apabila foto tersebut membuatkan peminat melihat dirinya.

Foto bersama anaknya dikenali sebagai Marissa itu meraih lebih 20 ribu likes malah pelbagai komen yang diterima Abby.

Tidak hanya pujian diberikan malah netizen juga meminta tips kurus dari Abby di ruangan komen dan ada yang ingin menjadikan dirinya sebagai idola untuk kurus.

Komen Netizen:

Artikel Berkaitan: Abby Abadi ambil anak angkat lagi, ‘baby girl’ pula

Abby dan suami, Muhammad Faizal bersama dua anak angkat mereka iaitu Maisara Dayana Fathia dan Muhammad Daiyan Fayyadh. Foto Instagram @daiyandayana_ & @abby_abadi112

TIDAK sampai sebulan mengambil seorang anak angkat lelaki yang diberi nama Muhammad Daiyan Fayyadh, pelakon Abby Abadi mendedahkan dia menerima pula bayi perempuan.

Abby memberitahu bayi comel itu diberi nama Maisara Dayana Fathia dan menyifatkan ia sebagai rezeki daripada Allah.

“Assalamualaikum. Selamat Pagi. Kita ada berita gembira nak kongsi pagi ni. Kita dah ada baby “kembar tak seiras” dan “kembar tak sebulan”, hehe.

“Alhamdullillah, Allah izinkan saya dan suami menjadi Mama dan Abah pada bayi-bayi ini. Doakan yang terbaik ya,” tulisnya.

Abby menyifatkan kehadiran dua anak angkatnya sebagai anugerah dari Allah.

Difahamkan, Dayana baru sahaja berusia seminggu.

Tambah Abby, dia berharap netizen tidak cepat menilai dirinya dan sebagai ibu dia berjanji akan berusaha yang terbaik untuk membesarkan dua bayinya itu.

“Kami akan usahakan yang terbaik, Lillahi Taala. Tak perlu rajin sangat menilai, itu tak kena, ini tak betul. Saya tengah dalam pantang ni, jaga kelakuan OK hihi,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Abby menerusi posting berbeza memberitahu dia menyifatkan kehadiran Dayana sebagai kembar kepada Daiyan.

Kata Abby, dia sudah lama mengimpikan untuk memiliki dan membesarkan anak kembar dan bersyukur ia dimakbulkan oleh Allah.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri melakukan tahnik terhadap anak-anak Abby dan Norman Hakim.

“Lama dah Mama impikan ada baby kembar dan Allah izinkan, Mama ada dah Daiyan dan Dayana.

“Memang rasa sungguhlah macam jaga kembar… tak menang tangan dibuatnya hehe.. Tapi Alhamdullillah, Allah bagi sebab Allah tahu Mama dan Abahnya mampu,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi Instagramnya memberitahu Abby bersama suaminya, Muhammad Faizal hadir ke pejabatnya untuk proses tahnik anak-anak angkat mereka.

Turut hadir adalah bekas suaminya, Norman Hakim bersama isteri, Memey Suhaiza untuk proses sama bagi anak perempuan mereka, Mikayla Delisha Hakim yang dilahirkan 12 Julai lalu.

Untuk melihat perkembangan Dayana dan Daiyan boleh mengikuti Instagram mereka, @daiyandayana.

“Menerima kunjungan @normanhakim_786 dan isteri @memeysuhaiza juga @abby_abadi112 , membawa anak masing-masing untuk ditahnik sebentar tadi.

“Kepada En. Norman dan Puan Memey, moga Mikayla Delisha Hakim menjadi anak yang solehah.

“Begitu juga Puan Abby dan En. Faizal, moga Muhammad Daiyan dan Maisara Dayana juga menjadi anak yang soleh solehah,” tulis beliau.

Abby dan Norman turut mempunyai tiga orang anak bersama iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10.

Manakala menerusi perkahwinan dengan Memey, Norman turut mempunyai dua cahaya mata lelaki Muhammad Darwisz Hakim, 5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3.

Sumber: Abby Abadi via HCL via Mstar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LimauManis


Hantar Komen