Wow! 10 Instafamous Ini Tetap ‘Meletop’, Walaupun Kini BERKEPIT Dengan ‘Anak’.

Ayuh kita lihat 13 personaliti media sosial yang cukup aktif walaupun sudah ada ‘anak’ kecil untuk dikepit. Malah ada juga yang turut berkolaborasi bersama-sama anak mereka dalam mempromosikan sesuatu barangan

1. Hanis Zalikha – 4.7 M

Sebelum bergelar selebriti dan pengacara Hanis Zalikha memang seorang blogger popular dan mempunyai blog sendiri iaitu iniblogsaya. Malah pernah dicalonkan untuk anugerah Most Influential Blog Award pada tahun 2011. Dan kini setelah melahirkan Yusuf Iskandar, Hanis memperlahankan aktiviti seni kerana mahu beri tumpuan pada anak sulungnya itu. Namun populariti dua beranak ini tetap menjadi pilihan beberapa jenama untuk menjadikan diri mereka sebagai duta atau jurucakap produk.

2. Asyalliee – 1.3M

Ibu muda ini baru sahaja melahirkan anak sulungnya hujung tahun lalu. Mempunyai pengikut 1.3M dan masih tetap aktif membuat ‘paid review‘ di laman sosial. Dia juga rajin memuat turun gambar anaknya, Haider Mikhael yang kini baru berusia 3 bulan. Ramai yang geram melihat si comel ini dan setiap kali muat turun status anaknya akan mendapat ‘like’ yang banyak dari netizen.

3. Atita Haris – 837K

Sejak dulu laman sosialnya cukup popular dengan membuat ‘paid review’ beberapa produk terkenal. Malah dia turut berganding bahu dengan anak sulungnya yang dipanggil Opi yang juga mempunyai peminat tersendiri. Dan kini setelah mempunyai seorang lagi anak hasil perkahwinan dengan Dj NasT, Atita Haris tetap menjadi pilihan pelbagai jenama untuk membuat ‘paid review’.

4. Irine Nadia Marcello – 516K

Blogger ini juga tidak kurang hebat kerana kecantikan yang dimiliki membutkan ramai suka membaca blognya. Semua sudah maklum Irine berkahwin dalam usia muda seawa usial 20 tahun. Mengumpul follower sebanyak 516K di instagram dan kini sudah mempunyai tiga cahaya mata comel, Nina, Tacanim dan Umar. Mula menulis blog sejak 2008 ketika di tingkatan tiga melalui irinenadia.bogspot.com.

5. Maria Elena – 303K

Sebelum ini Maria Elena juga antara blogger yang cukup popular di kalangan netizen. Dengan aksi mimik wajah cukup lucu menjadikan dia antara yang popular dan disukai ramai. Gemar menulis pelbagai isu dan dia juga antara vlogger cukup popular. Entri ditulis cukup sempoi menggambarkan dirinya yang seorang ‘happy go lucky’ dan selamba. Mempunyai pertalian hubungan dengan Fatin Liyana yang juga seorang blogger. Ini kerana dia berkahwin dengan abang Fatin Liyana dan kini bahagia dengan dua cahaya mata. Masih lagi meneruskan aktiviti ‘paid review’ di laman sosial. Menggunakan blog peliks.blogspot.my untuk menulis setiap entri.

6. Fatin Liyana – 273K

Terpalit kontroversti baru-baru ini berhubung isu tinggalkan anak ketika bercuti. Dia bukan hanya glamour dalam dunia blog tetapi juga realiti, mempunyai kecantikan semula jadi yang menjadi daya tarikan utama kepada blog Fatin yang ditulis sejak 2009. Posting yang ditulis banyak berkisar hal isu semasa dan memang ramai yang suka masuk untuk membaca blog Fatin Liyana. Berkahwin dengan seorang doktor dan kini mempunyai seorang cahaya mata. Popularitinya juga adalah kerana suaminya juga adalah seorang doktor dan mereka berkongsi laman sosial instagram menggunakan akaun @dr.afl.

7. Adiela Safiyyani – 268K

Walaupun bukan blogger tetapi kehadiran Adiela di platform media sosial cukup dikenali. Wajahnya sering jadi buruan produk kecantikan atau hijab yang mahu mempromosikan jenama mereka. Mempunyai wajah seiras pelakon Nora Danish, Adiela melakukan kerja sepenuh masa sebagai model Muslimah. Kecantikan wajahnya jadi tarikan utama dan ibu muda ini juga baru melahirkan anak keduanya awal tahun ini.

8. Adiela Ridzuan – 240K

Sebelelum berkahwin personaliti ini pernah viral kerana dikaitkan dengan seorang penyanyi nasyid. Tarikan utama adalah wajahnya dengan lesung pipit di kedua-dua belah pipi. Juga sering jadi tarikan kepada pengeluar jenama hijab untuk mempromosikan label mereka. Adiela Ridzuan baru sahaja kembali bekerja setelah melahirkan cahaya mata pertama baru-baru ini.

9. Cik Epal – 246K

Mempunyai ramai juga follower blog Cik Epal walaupun entri ditulis panjang-panjang. Kebanyakan entri ditulis mengenai kisahnya tetapi diolah menggunakan bahasa yang cukup simple. Cik Epal juga dikatakan mempunyai wajah seiras pelakon Farahdya dan masih lagi aktif menulis di blognya cikepal06.blogspot.my. Mempunyai follower di instagram sebanyak 246K dan kini selain sibuk menguruskan keperluan anak kecilnya, dia juga aktif membuat ‘paid review’ di laman instagram.

10. Fatin Suhana – 128K

Seorang lagi blogger yang aktif walaupun mempunyai anak kecil adalah Fatin Suhana. Dia juga lebih dikenali sebagai fashionista model Muslimah. Entri dalam blog banyak ditulis melalui fatinsuhana.blogspot.com banyak berkisarkan dirinya yang rajin pergi travel, mengenai shopping online, keluarga dan sebagainya. Lebih menarik setiap entri diselitkan gambar-gambar menarik. Kini Fatin Suhana mempunyai follower 128K dan turut mempunyai label sendiri @byfatinsuhana.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LimauManis

 

sumber : hijabista.com.my via sweetnutella


Hantar Komen