AWIE Ber’tongkat’, Isteri Pula Di’ganggu’

Penyanyi dan pelakon popular Datuk Awie mendakwa yang dirinya dan isteri, Datin Sharifah Ladyana diganggu ‘sesuatu’.

Beritahu Awie gangguan ini datang tidak mengira waktu sama ada sebelah siang atau malam.

Ada kalanya membuatkan isterinya berasa takut apabila perlu tinggal bersendirian di rumah.

 

Awie dan isteri, Sharifah Ladyana terus berusaha mendapatkan rawatan demi kesihatan yang lebih baik.

Menurutnya, beliau juga sudah berikhtiar pelbagai cara untuk memulihkan keadaan ini termasuklah secara perubatan Islam. Kata Awie,

beliau sudah terkena gangguan ini sejak 13 tahun lalu. Namun dakwanya bukan Awie sahaja yang dikacau malah isterinya juga turut diganggu ‘benda’ pelik itu.

“Akibat gangguan ini, sejak tiga hari lalu saya terpaksa menggunakan tongkat untuk membantu saya berjalan dan bergerak dengan lebih pantas.

Yang bertambah pelik, apabila mendapat tahu filem Hantu Kak Limah mencecah RM36 juta hasil kutipannya ditayangkan di pawagam, ‘benda’ itu datang lebih kerap kepada saya,”

dedah Awie pada majlis meraikan kejayaan filem Hantu Kak Limah di Hotel Berjaya Times Square pada 6 September lepas.

Tambah Awie, beliau tidak akan berputus asa berikhtiar demi kebaikan kesihatan dirinya dan isteri.

“Esok lusa saya akan usaha ikhtiar lagi untuk kesihatan kami. Nasib baik juga gangguan sehingga rasa sakit ini hadir ketika saya tidak bekerja.

Isteri pula diganggu sehingga beliau kerap ternampak seolah-olah ada ‘kelibat’ sesuatu dalam rumah.”

Awie dan isterinya, Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin bernikah di Songkhla, Thailand pada 7 Oktober 2016. Ini merupakan pernikahan yang ketiga buat Awie.

Sebelum ini Awie pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Arni Nazira Anuar pada tahun 1998 dan dikurniakan dua anak perempuan iaitu Puteri Aleeya Antasha (18 tahun) dan Puteri Aleefa Antasha (16). Setelah bercerai, kini Arni Nazira juga sudah berkahwin lain.

Kemudian pada tahun 2006, Awie menikahi Rozana Misbun di Thailand dan kemudiannya mereka berpisah setelah tidak tinggal sebumbung sejak 2014.

Hasil perkongsian hidup Awie dengan Rozana lahirlah Putera Ahmad Merrah (11), Putera Ahmad Rezzki (10) dan Puteri Qasseh Antasha (8).

MM mendoakan agar Awie dan isteri cepat sembuh seperti sedia kala.

Takut Orang Gelak, Tambah Dosa – Awie

 

“SAYA sebenarnya keberatan nak berkongsi pengalaman mengerjakan umrah baru-baru ini kerana takut nanti dikata riak,”

ujar Datuk Awie apabila diminta mengulas perjalanan umrahnya, baru-baru ini.

Penyanyi kumpulan Wings dan pelakon hebat ini bagaimanapun mengalah apabila dipujuk media yang menjelaskan kepadanya tiada salahnya berkongsi benda yang baik.

“Maklumlah… saya dicop jahat dan apabila bercerita hal baik, nanti orang gelak dan datangkan dosa kepada mereka.

“Apapun saya mengakui berada di Makkah satu pengalaman indah. Bersyukur akhirnya saya dapat merasa apa yang orang lain pernah rasa.

“Walaupun ini bukan haji, tapi apabila sampai di sana saya terus niat dan berdoa untuk dapatkan haji selepas ini,”

katanya yang ditemui pada sidang media telefilem Berani Jadi Papa di TGV Cinemas, kompleks One Utama Shopping Centre, di Petaling Jaya, semalam.

Pemergian Awie pada 18 sehingga 29 November lalu turut disertai oleh rakannya daripada kumpulan motosikal berkuasa tinggi kendaliannya, Wings Motor Gang Society (WMGS).

“Ia dirancang selepas kami selesai menjayakan misi jelajah 30 masjid di mana setiap satu waktu, satu masjid.

“Ia bermula daripada situ dan kemudian dilanjutkan ke umrah. Semuanya tercapai dan Allah permudahkan perkara ini. Saya pun sebenarnya tak nak bising-bising.

“Niat saya pergi untuk buat apa yang patut. Selama ini imej saya dipandang tak baik. Saya tak nak ada kata-kata dari orang luar dan pergi diam-diam,” katanya.

Menurutnya, dia berasa tenang sepanjang di sana dan paling syahdu apabila menjejak kaki ke Madinah.

“Ia satu perasaan yang tak dapat digambarkan. Syahdunya apabila kita pergi ke tempat kekasih Allah iaitu Rasulullah SAW.

“Dapatlah saya timba ilmu. Tak tahu bagaimana nak gambarkan kesyahduan dan kegembiraan itu apabila kita berdoa, buat solat hajat dan sebagainya.

“Apabila duduk di tempat-tempat tertentu seperti Raudah, Alhamdulillah Allah permudahkan.

Mungkin itu untuk memberitahu atau berpesan kepada saya, kau dah minta aku bagi, aku minta kau kena buatlah. Lebih kurang begitulah maksudnya,” katanya.

Awie turut mengakui tidak menyangka dapat meraikan sambutan Maulidur Rasul serta ulang tahun kelahirannya yang ke-50 pada 24 November lalu di hadapan Kaabah.

“Saya bertahalul (bercukur) dan ia betul-betul hadiah besar buat saya. Sudah tentu perasaan saya tersentuh.

“Lagipun semuanya tak dijangka. Saya tak rancang pun sambut ulang tahun kelahiran di Makkah.

“Saya bukan bersedia pergi pada usia ini. Sebenarnya ada yang umur 70 pun belum sampai kerana tiada panggilan (seru).

“Perkara ini bukan paksaan. Kalau sekadar pergi tanpa ada perasaan mendalam dari sudut hati, dah lama saya pergi,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LimauManis

 

Sumber : KOSMO! & Hmetro via MediaOhsem


Hantar Komen