“Tudia Aidil bawa Fasha ke Stadium Bukit Jalil tengok bola” – buat Netizen terhibur

Sejak sudah bertunang nampaknya hubungan Pelakon Wanita terkenal Fasha Sandha dan Aktor Aidil Aziz makin serasi dan keramahan mereka makin mesra dan moga mereka dapat menyemaikan hubungan mereka dengan perkahwinan.

sama cantik sama padan

Perlawanan Akhir Piala Suzuki 2018 pada malam ini sememangnya mendapat sokongan padu dari seluruh rakyat Malaysia dan salah satunya akterss kita yang cantik Fasha Sandha yang menaiki motor saje ke stadium bersama tunangnya aidil.

Video – “Kami ke Stadium Bukit Jalil”

Kapsyen Fasha Sandha…

Demi Malaysia ku Tercinta ❤
Tak sempat nak bersiap melawa, tak apa, asalkan tak lambat ☺️
Merempit with Encik Tunang ke Stadium
Video ni sebelum sampai ke stadium tadi 

Aktres terkenal ini, Nur Fasha Sandha Hassan, 34 atau panggilan komersial, Fasha Sandha baru baru ini akhirnya menamatkan hubungan cinta bersama aktor Aidil Aziz dengan mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup di Ampang.
Majlis pertunangan yang hanya dihadiri kaum keluarga dan teman rapat ini diadakan secara sederhana atas permintaan kedua belah keluarga.

Menurut Fasha juga pemegang trofi Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Skrin tahun lalu, majlis pertunangan ini adalah sangat istimewa untuk dirinya secara peribadi kerana tidak pernah melalui fasa bertunang sebelum ini meskipun pernah mendirikan rumah tangga. Saya berharap saya dapat lebih mengenali Aidil sesudah bertunang.
“Alhamdulillah saya bersyukur kerana Aidil dan keluarganya menerima saya dan anak-anak dengan baik sekali dan saya berharap pertunangan ini akan berkekalan sehingga ke perkahwinan,” katanya.

Apa komen Netizen

“Sweet je…suka tengok korang ni bersatu”

“woww terbaikk laa..”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. 

sumber : IG FashaSandha / Newscoviral


Hantar Komen