5 Perkahwinan Termahal Di Malaysia ,17 Perkahwinan Paling Glamour Dan Paling Mengejvtkan Malaysia!

Penuh ekstravaganza serta meriah dengan perhiasan dan kehadiran tetamu kehormat, majlis perkahwinan yang tersenarai ini bukan seperti biasa sebaliknya antara termahal di dunia! Baca lanjut perkahwinan pasangan mana yang tersenarai

Boleh dikatakan setiap tahun pasti ada “wedding of the year” yang melibatkan selebriti mahupun orang kenamaan.

Jom lihat 5 Majlis Perkahwinan Paling Mahal Di Malaysia!

PERKAHWINAN TERMAHAL DI MALAYSIA

1. Rozita Che Wan dan Zain Saidin

Pasti ramai yang ingat lagi dengan tajaan perkahwinan bernilai RM13 juta ini. Pelakon popular Rozita Che Wan dan Zain Saidin disatukan sebagai suami isteri pada tahun 2013, dan digelar sebagai “perkahwinan paling mewah” pada tahun tersebut.

Penajaan perkahwinan termasuk barang kemas bernilai RM10 juta daripada Kedai Emas Habib dan barangan lain daripada 27 para penaja.

Selain daripada itu, Rozita juga menerima RM23,300 sebagai wang hantaran dan RM9,300 mas kahwin.

2. Benjamin Yong dan Elizabeth Lee

Pengasas BIG Group, Benjamin Yong dan pengasas bersama Bowerhaus, Elizabeth Lee telah meraikan penyatuan mereka sebagai salah satu acara yang paling mewah pada tahun 2014.

Menurut salah satu pemilik majalah pengantin online, pasangan yang berprofil tinggi ini mungkin telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM54,000 untuk persembahan sahaja.

Kos untuk fotografi mungkin dalam lingkungan RM20,000 dan kos ini hanya untuk perkahwinan mereka yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Sebelum itu, pasangan yang berprofil tinggi ini telah menglangsungkan parti teh pra-kahwin di Sydney, Australia dan upacara teh tradisional Cina di Ritz-Carlton, Kuala Lumpur.

3. Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa

Penyatuan penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza dan usahawan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K), juga tersenarai sebagai perkahwinan paling mahal di Malaysia.

Beberapa sumber menganggarkan bahawa jumlah kos perkahwinan yang berlangsung pada tahun 2006 itu, mencapai lebih daripada RM12 juta. Kos perbelanjaan kek berperingkat mereka yang digelar Indah Percintaan berjumlah RM12,000. Siti juga menerima mas kahwin sebanyak RM22,222 dan wang hantaran RM30,000.

Pasangan ini menafikan kenyataan tersebut, dengan mengatakan bahawa kebanyakkan barang termasuk barang kemas dan pakaian, adalah ditaja.

Pasangan ini juga menerima RM1juta daripada sebuah stesen televisyen tempatan untuk menyiarkan majlis perkahwinan mereka.

4. Marion Caunter dan SM Nasarudin SM Nasimuddin

Majlis perkahwinan personaliti televisyen popular Marion Caunter dan Pengerusi Eksekutif, Kumpulan Naza Usahasama, SM Nasarudin SM Nasimuddin, juga pernah menjadi buah mulut di dalam industri hiburan tempatan.

Majlis perkahwinan yang bertema mawar putih berlangsung di Mandarin Oriental, dan dihadiri oleh selebriti terkemuka dan juga orang kenamaan.

Mandarin Oriental dianggarkan telah mencaj RM300 untuk kos makan setiap individu.

Menurut satu majalah pengantin online, jumlah kos perkahwinan tersebut mungkin mencapai RM5 juta.

5. Serina Redzuawan dan Gavin O’Luanaigh

Perkahwinan anak kepada chef terkenal, Chef Wan, Serina bersama pasangannya Gavin O’Luanaigh boleh dikatakan antara salah satu perkahwinan yang paling mahal di Malaysia.

Acara perkahwinan tersebut telah ditayangkan di AFC (Astro – Saluran 703). Walaupun kebanyakkan komponen dalam perkahwinan ini telah ditaja termasuk tiara dan gaun petang Serina yang dianggarkan RM15,000, pasangan ini dijangka telah membelanjakan sehingga RM20,000 di studio fotografi, Kudegraphy.

Semasa upacara akad nikah, O’Luanaigh dilaporkan telah menyerahkan hadiah perkahwinan bernilai RM1,000 dan mas kahwin RM30,000 sebelum menyarungkan cincin di jari Serina.

 

PERKAHWINAN TERMAHAL DI DUNIA

1. Michael Douglas & Catherine Zeta-Jones

Gambar: The Wedding Tiara

Perkahwinan antara pasangan pelakon ini dikatakan menelan belanja sebanyak US$1.5 juta. Bagi mengekalkan privasi, kad undangan mereka dicetak menggunakan dakwat yang tidak dapat dilihat dan hologram serta seramai lebih 50 anggota polis ditugaskan menjaga kawasan majlis. Gaun perkahwinan Christian Lacroix dipakai Catherin Zeta-Jones berharga US$140,000 manakala mahkota berlian indah menghiasi kepalanya berharga US$300,000.

2. Christina Aguilera & Jordan Bratman

Gambar: Celebrity Bride Guide

Kisah hangat percintaan pasangan ini menjadi melodi di dalam album Back To Basic Christina Aguilera. Perkahwinan mereka yang berlangsung pada tahun 2005 dihadiri seramai 150 orang tetamu termasuklah selebriti ternama. Bertempat di ladang anggur Napa Valley, khemah musim sejuk dijadikan tema dengan saratan bunga ros pembangkit seri. Christina memilih gaun leretan ropol Christian Lacroix berharga US$80,000 untuk majlis istimewa itu. Keseluruhan perbelanjaan dilaporkan sebanyak US$2.2 juta.

3. Prince William & Kate Middleton

Gambar: TPGVIP

Tidak lengkap rasanya senarai ini tanpa perkahwinan diraja diantara Prince Williams & Kate Middleton. Dikatakan sebanyak US$34 juta dibelanjakan untuk perkahwinan ini termasuklah kos bahagian keselamatan kerana perkahwinan berprofil tinggi yang ditonton hampir ke serata dunia. Perbelanjaan lain termasuk US$80,000 untuk kek serta US$800,000 untuk bunga.

4. Vanisha Mittal & Amit Bhatia

Gambar: Forbes

Perkahwinan anak perempuan waris hartawan keluli dari India ini menelan belanja sebanyak US$60 juta! Tetamu yang diundang bukan sahaja diberi tiket penerbangan untuk menghadiri majlis itu di Paris, malah penginapan mewah berupa hotel bertaraf lima bintang turut dibiayai. Lebih hebat, Kylie Minogue dijemput untuk membuat persembahan ditambah percikan bunga api di Eiffel Tower . Tetamu turut diberi cenderahati berjenama mengandungi batu permata.

5. Prince Charles & Lady Diana

Gambar: TPGVIP

Masih segar dalam ingatan akan busana perkahwinan Lady Diana dengan leretan kain sepanjang 25 kaki. Perkahwinan yang ditonton seramai 750 juta penduduk serata dunia itu dikatakan menelan belanja US$48 juta dan meningkat kepada US$110 juta selepas kos inflasi. Sebanyak 27 biji kek perkahwinan setinggi 5 kaki digunakan, mengambil masa selama 14 minggu untuk disediakan. Turut digelar “wedding of the century”, seramai 4,000 anggota polis serta 2,201 orang pegawai tentera ditugaskan untuk mengawal penonton yang hadir.

17 PERKAHWINAN SELEBRITI PALING GLAMOR SEPANJANG TAHUN 2011

1. Nurul Syuhada & Raja Amir – wanita idaman jejaka satu Malaysia akhirnya telah selamat bergelar isteri kepada Raja Amir sekitar bulan Julai 2011. Wajah kedua-dua pasangan pengantin ini memang seiras. Semoga jodoh dipanjangkan sehingga ke akhir usia.

2. Ayu Raudhah & Zaquan Adha – ramai wanita yang patah hati apabila si kacak Zaquan berkahwin dengan Ayu Raudhah. Namun tak dapat dinafikan lagi pasangan ini memang secocok sungguh. Tak gitu?

3. Tomok & Ayu – bercinta hampir 8 tahun, akhirnya Ayu sah menjadi isteri Tomok. Kini Ayu dikhabarkan sedang hamil cahaya mata pertama mereka. Abang Nara doakan agar kebahagiaan rumah tangga Tomok dan Ayu semakin erat dengan kehadiran insan baru kelak.

4. Noh Hujan & Mizz Nina – salah satu perkahwinan yang membabitkan 2 insan seni di Malaysia. Semoga perkahwinan ini berkekalan forever and ever.

5. Nabil & Zira – selepas pelbagai kontroversi membabitkan wanita di tahun 2010, Nabil mengambil keputusan untuk menyunting Zira sebagai isterinya. Majlis resepsi yang dijalankan di ICT memang tersangat meriah.

6. Shuib & Siti Sarah – percintaan yang dirahsiakan daripada pihak media akhirnya menjadi kenyatan apabila disahkan melalui pernikahan. Kini sudah pun bergelar ayah dan ibu, kami doakan kebahagiaan anda berkekalan selamanya.

7. Chef Riz & Ana Dahlia – kalau dah jodoh tak ke mana. Walaupun Ana Dahlia sudah gagal sebanyak 2 kali dalam perkahwinan , Chef Riz tetap memilih Ana Dahlia sebagai isterinya. Ternyata suatu pilihan yang tepat dengan kecantikan wajah Ana Dahlia memukau para tetamu yang hadir di majlis perkahwinan mereka.

8. Ashraf Muslim & Dayana – memilih 1 Syawal sebagai tarikh bersejarah pernikahan mereka, ramai wanita-wanita di luar sana yang kecewa kerana tidak dapat menjadi surirumah kepada Ashraf Muslim. Kini Ashraf Muslim dilihat lebih menghabiskan masa dengan menjalankan perubatan Islamik yang dimiliki oleh ayah Dayana.

9. Zahiril Adzim & Shera Ayob  – memang sama cantik dan sama padan sungguh pasangan mempelai ini. Tak gitu?

10. Dira Abu Zahar & Helmi – memilih Helmi untuk menamatkan zaman jandanya, Dira kelihatan sangat bahagia di samping suami tercinta. Majlis resepsi yang dijalankan pun lain daripada yang lain apabila menggunakan motosikal berkuasa besar

11. Eira Syazira & Azad Jasmin – kemelut percintaan yang membabitkan Azad dan Faezah Elai tidak langsung membantutkan kemeriah majlis perkahwinannya dengan si manis Eira Syazira. Siap buat style anak mami lagi.

12. Faezah Elai & Heykal Hanafiah – penafian Faezah Elai tentang dirinya yang menjadi punca penceraian kepada perkahwinan Heykal Hanafiah sebelum ini tidak langsung menghilangkan kemeriahan perkahwinan merpati dua sejoli ini.

13. Farah AF2 & Johan – pengantin perempuan memang nampak sangat manis menawan dengn busana pengantinnya. Pengantin lelaki tidak kurang machonya. Kesimpulannya kedua-duanya memang sama cantik sama padan.

14. Yasmin Hani & Sha’arin – akhirnya pengacara program Wachaa, Yasmin Hani telah selamat menjadi isteri kepada bekas suami Ida Nerina, Sha’arin. Kedua-dua pengantin nampak sangat putih berseri di hari bahagia mereka.

15. Marion Counter & SM Nasarudin – salah seorang pemilik Naza ini akhirnya sah menjadi suami kepada Marion Caunter. Marion Caunter yang memeluk Islam telah pun memilih nama Marion Rose Caunter Abdullah.

16. Michelle Melodi & Deqwan – akhirnya si comel Michelle yang sering menerjah para artis di rancangan Melodi telah pun selamat bergelar isteri kepada Deqwan. Michelle telah memilih nama Islam Dalili Michelle Abdullah Wee.

17. Memay Suhaiza & Norman Hakim – digelar “wedding of the year” oleh sesetengah pihak, perkahwinan yang ditunggu sekian lama oleh mereka yang mengikuti perkembangan kekasih ini akhirnya menjadi kenyataan. Ditambah pula dengan gaun Vera Wang dan sponsorship daripada Rafflesia, perkahwinan mereka berdua sememangnya gah tak ingat.

Sekian 17 perkahwinan selebriti Malaysia yang Abang Nara rasa paling glamour sepanjang tahun 2011. Untuk makluman, senarai dibuat tanpa turutan. Apa pun, sama-samalah kita doakan agar perkahwinan mereka dan perkahwinan kita sama-sama kekal abadi sehingga ke jannah.

GAMBAR PERKAHWINAN SYELLA KAMARUDDIN BERNILAI RM15 JUTA

Penyanyi Syella Kamaruddin yang terkenal dengan lagu ‘Menangis Dalam Hujan’ difahamkan telah diijakabulkan dengan seorang VVIP dalam sebuah majlis tertutup, Jumaat lepas. Menurut sumber, dia bersyukur apabila kehidupan penyanyi yang sebelum ini berhempas pulas membantu keluarga dengan menjual nasi lemak telah berubah sekelip mata.

Sumber turut menambah, Syella Kamaruddin menerima hantaran mewah berupa sebuah banglo bernilai RM5 juta yang terletak di sebuah lokasi di ibu negara. Bukan itu sahaja, dia turut menerima sebuah kereta rekaan British, iaitu Mini Cooper. Difahamkan, perkahwinan Syella Kamaruddin secara keseluruhannya bernilai hampir RM15 juta! Baju perkahwinannya turut menerima sentuhan pereka terkenal tanah air, iaitu Hatta Dolmat.

Kata sumber lagi, Syella yang juga pemilik butik D’Syella Place mengadakan majlis perkahwinannya tanpa pengetahuan media kerana menghormati permintaan suaminya. Juga dengarnya Syella juga bersanding berseorangan tanpa suaminya diatas sebab tertentu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LimauManis

 

Sumber : MediaOhsem

Hantar Komen