“Tak Nak Kalah…”, Video Budak Habis Mengaji Bikin Dekah!

Musim PKP hari ini menyebabkan sekolah dan pelbagai kelas terpaksa ditangguhkan atau diteruskan menerusi dalam talian. Ini termasuklah kelas mengaji yang diajar oleh ustaz atau ustazah. Maka berbaliklah pada cara dulu-dulu yang mana ibubapa atau atuk nenek mengajar anak-anak mengaji sendiri di rumah.

Namun begitu lain pula halnya dengan satu video budak habis mengaji dengan neneknya ini. Dalam video yang tular itu kelihatan seorang kanak-kanak lelaki baru sahaja selesai mengaji bersama seorang wanita. Usai selesai, wanita tersebut mengajar budak tersebut bacaan doa. Kedengaran wanita tersebut membaca doa berbunyi seperti berikut:

“Ya Allah Ya Tuhanku, ampunlah d0saku, sebab aku melawan tokku…”

Namun apa yang mencuri perhatian ramai apabila budak itu pada awalnya mengikut doa yang dibacakan oleh wanita tersebut. Bila tiba ayat ‘sebab aku melawan tokku…’ budak itu terus terbalikkan ayat menjadi, “sebab tokku melawanku”.

Berikut adalah telatah budak habis mengaji ini yang telah dikongsikan semula oleh seorang pengguna Twitter:

Bijak sungguh budak ini ‘twist’ ayat nenek dia ya! Apa-apa pun perkongsian semula rakaman ini telah meraih lebih 140 ribu tontonan. Rata-rata warganet men1ngg4lkan reaksi mereka mengenai video ini di ruangan komen seperti berikut:

“Hahaha hil4ng stress aku kejap”

Video Budak Habis Mengaji 3

“Tak nak kalah. Dah la baca tapi mata tak tengok iqra’ aduhai”

Video Budak Habis Mengaji 2

“Budak ni pandai ni. Cepat je dia ubah ayat tu”

Video Budak Habis Mengaji 1

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber : HCL 

Be the first to comment on "“Tak Nak Kalah…”, Video Budak Habis Mengaji Bikin Dekah!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*