Lagu Di Persimpangan Delima yang mana penyanyi asalnya adalah Nora bergema di pentas Indonesian Idol beberapa hari lalu. Dinyanyikan semula oleh salah seorang peserta yang cukup berbakat dan memiliki suara yang lembut iaitu Melisa.
Di Persimpangan Delima ini diciptakan oleh Adnan Abu Hasan dan menjadi salah satu yang hits sekitar 1990-an. Sebut sahaja nama Nora pasti peminatnya membayangkan wajah redup dengan suara nyaring dan merdu serta cukup sinonim dengan lagu-lagu berentak balada.

Namun persembahan lagu Di Persimpangan Delima dinyanyikan oleh salah seorang peserta Indonesian Idol ini juga tidak kurang hebatnya. Umum sedia tahu, untuk menyanyikan lagu berentak balada dan sangat perlahan memerlukan penjiwaan yang mendalam.
Ternyata peserta Indonesian Idol bernama Melisa ini mampu membawakan lagu popular ini dengan baik sekali. Berikut adalah video nyanyian gadis ini:
View this post on Instagram
Wow, memang padu habis! Biarpun hanya video pendek sudah cukup menusuk ke kalbu.
Apa-apa pun di ruangan komen rata-rata warganet turut bersetuju nyanyian semula lagu Di Persimpangan Delima ini cukup menghiburkan. Berikut antara reaksi ramai:
“Dalam betul rasanya..”
“Paling stabil sejauh ini kalau menurutku”
“Suka sama suaranya. Sampai menusuk ke jantung”
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber :HCL
Be the first to comment on "Lagu Di Persimpangan Delima Dinyanyikan Di Indonesian Idol, “Sampai Menusuk Ke Jantung”"