Alunan Qasidah Rottilu Dari Zizi Kirana Curi Perhatian, “Sedapnya Suara Kedua2nya”

Memiliki suara serak-serak basah dan merdu, penyanyi bernama Zizi Kirana ini cukup dikenali ramai menerusi beberapa lagu darinya. Antara lagunya yang popular adalah, Nak Ke Tak Nak, Rahsia Hati, Eh, Siapa Yang Bap Bap dan banyak lagi. Suaranya juga boleh dikatakan agak unik dengan cara pembawaan lagu-lagunya yang agak bersahaja.

Namun begitu, sejak akhir-akhir ini Zizi Kirana kerap kali dilihat memuat naik video duet dengan Juara Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2019, Farhatul Fairuzah. Sudah pastinya setiap satu video yang dikongsikannya itu telah mencuri perhatian ramai.

Zizi Kirana
Zizi Kirana

Manakan tidak, dengan penampilannya yang bertudung litup dan content video yang bermanfaat pastinya ramai peminat penyanyi ini senang menonton rakaman dikongsikannya itu. Terbaharu satu lagi video Zizi Kirana duet dengan Farhatul Fairuzah telah di muat naik oleh penyanyi ini di laman Instagram miliknya.

Dalam rakaman itu kedengaran alunan Qasidah Rottilu dari Zizi Kirana bersama Farhatul Fairuzah dan telah meraih perhatian ramai. Berikut adalah rakaman tersebut:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

Perkongsian video ini telah meraih lebih 143 ribu tontonan dan 31 ribu likes. Rata-rata warganet memuji video alunan Qasidah Rottilu dari Zizi Kirana ini. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Tolong la duet ni keluarkan rakaman…MasyaAllah”

Zizi Kirana Duet Qasidah 3

“Sedapnya suara kedua2nya”

Zizi Kirana Duet Qasidah 2

“Berulang kali tengok pun masih sedap”

Zizi Kirana Duet Qasidah 1

Jom  layan versi penuh dari duet dua wanita bersuara merdu ini dalam rakaman di bawah:

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Alunan Qasidah Rottilu Dari Zizi Kirana Curi Perhatian, “Sedapnya Suara Kedua2nya”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*