Azrinaz Mazhar Hakim Hamil 7 Bulan “Saya Tidak Sangka Jarak Agak Rapat Dengan Anak Ketiga”

BEKAS personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim, 42, mengumumkan dia kini sedang sarat hamil anak keempat.

Perkongsian itu dibuat Azrinaz menerusi laman Instagramnya pada Isnin dengan memuat naik gambarnya yang jelas kelihatan baby bump.

“Ini bukan gambar throwback. Apa yang anda lihat memang sedang berlaku sekarang.

“Saya kini hamil anak keempat. Sekarang saya sedang sarat hamil tujuh bulan atau lebih tepat lagi kandungan ini sudah memasuki minggu ke-30. Alhamdulilah syukur,” katanya.

Azrinaz berkata, dia tidak menyangkakan akan hamil sekali lagi dalam jarak masa yang agak dekat dengan anaknya sebelum ini, Areesya Malaykha yang kini berusia dua tahun.

Azrinaz walau bagaimanapun tidak mendedahkan jantina kandungannya itu.

Azrinaz berkongsikan berita kehamilannya di laman Instagram.

“Allah memberikan rezeki kepada saya dan suami dengan memberikan satu lagi amanah zuriat untuk kami jaga di kala usia begini.

“Saya tidak menyangka akan sekali lagi hamil dengan jarak usia yang agak rapat dengan Areesya Malaykha, tapi buat apa nak tunggu lagi sedangkan saya boleh melakukannya sekarang.

 

Ini bukan gambar throwback. Apa yang anda lihat memang sedang berlaku sekarang.

AZRINAZ MAZHAR HAKIM

BEKAS PERSONALITI TV

“Doakan proses bersalin anak ini nanti berjalan dengan selamat dan lancar, InsyaAllah,” katanya.

Azrinaz melangsungkan perkahwinan dengan teman lama, Fairos Khan Abdul Hamid, 45, pada 1 Mei 2018 dan ia merupakan perkahwinan kedua buat Azrinaz.

Azrinaz berkahwin dengan kenalan lamanya pada 1 Mei 2018.

Sebelum ini, Azrinaz dan suami sama-sama bertugas di TV3, namun mula rapat sejak tahun 2017 sebelum mereka mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Areesya Malaykha yang kini berusia dua tahun.

Azrinaz sebelum ini pernah berkahwin dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada 2005 dan hasil perkahwinan itu Azrinaz dikurniakan dua cahaya mata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel, 15, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 13 tahun.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Azrinaz Mazhar Hakim Hamil 7 Bulan “Saya Tidak Sangka Jarak Agak Rapat Dengan Anak Ketiga”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*