Hetty Sarlene Selamat Lahir Bayi Lelaki “Segala Kesak1tan Akhirnya Terubat Melihat Dia Selamat”

PELAKON dan penyanyi kelahiran Singapura, Hetty Sarlene selamat menimang cahaya mata lelaki di sebuah pusat perubatan di Singapura pada petang Khamis.

Hetty atau nama sebenarnya Hetty Sarlene Abdul Hamid, 36, menerusi laman sosialnya pada Jumaat berkongsi wajah bayi berkenaan dan memberitahu mereka berada dalam keadaan baik.

“Kami (Hetty dan suami) mahu memperkenalkan putera kacak kami, Landon Alexander Oakes.

“Segala kes4kitan dan tidak tidur malam akhirnya terubat apabila melihat dia selamat dilahirkan ke dunia,” katanya.

Perkongsian Hetty di laman Instagramnya.

Hetty turut berkongsikan dia bertarung selama 16 jam dalam bilik bersalin selain mengalami kontraksi yang agak teruk sebelum melahirkan anak sulungnya itu.

Segala kes4kitan dan tidak tidur malam akhirnya terubat apabila melihat dia selamat dilahirkan ke dunia.

HETTY SARLENE

PENYANYI, PELAKON

“Saya mengal4mi kontr4ksi selama hampir 16 jam dan dua ke tiga minit kontr4ksi yang tervk, muntah-muntah dan teran namun ia semua berbaloi deminya,” katanya.

Bekas peserta program Gegar Vaganza musim kelima itu berkahwin dengan lelaki British, Daniel Oakes atau Dani Aaqil pada 23 Julai 2016.

Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung di Royal Palm @ Clarke Quay, Singapura.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Hetty Sarlene Selamat Lahir Bayi Lelaki “Segala Kesak1tan Akhirnya Terubat Melihat Dia Selamat”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*