Jasa dan pengorbanan ibubapa dalam membesar serta mendidik anak-anak pastinya sukar untuk dibalas. Tiada nilai yang boleh diletakkan untuk membalas jasa orang tua kita. Namun apa yang boleh dilakukan adalah dengan memberikan kegembiraan sepanjang hayat mereka.
Satu video yang tular baru-baru ini memaparkan seorang bapa seronok dapat hadiah dari anak sempena hari jadinya. Dalam rakaman tersebut kelihatan seorang lelaki yang dihulurkan beberapa keping sampul. Si bapa ini disuruh pilih dan ambil dua sampul dari empat di tangan gadis itu.

Setelah memilih bapa ini buka sampul tersebut dan mula tertawa sambil kedengaran dia tertawa keseronokan kerana jumlah wang yang diterimanya. Malah lelaki ini sempat bertanya, “untuk mak?”. Dalam keseronokan itu masih teringat isterinya. Kedengaran suara seorang gadis yang memberitahu bapanya dapat RM200 dalam kedua-dua sampul tersebut.
Berikut adalah rakaman bapa seronok dapat hadiah dari anak yang dikongsikan semula di Instagram Sinar_my:
View this post on Instagram
Perkongsian tersebut telah meraih lebih 200 ribu tontonan dan 34 ribu likes. Rata-rata warganet men1ngg4lkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:
“Tak sedar jatuh air mata. Terharu betul. Anak yang baik…”
“Bila tengok video ni…Comel pak cik gelak…Semoga diberi kesihatan yang baik”
“Siap tanya, ’emak?’ alahai sweet la pak cik ni ingat kat isteri dia”
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : HCL
Be the first to comment on "Video Bapa Seronok Dapat Hadiah Dari Anak, “Tak Sedar Jatuh Air Mata”"