Pada malam tadi, orang ramai kembali dapat melihat Nabil Ahmad sebagai pengacara tetap Meletop bagi mengendalikan rancangan tersebut selepas minggu lalu digantikan oleh Datuk AC Mizal.
Walau bagaimanapun, umum diketahui bahawa Perintah Kawalan Pergerakan telah kembali dilaksanakan jadi oleh itu, pihak Meletop mengambil pendekatan dengan tiada tetamu jemputan yang hadir ke set Meletop tetapi menggunakan cara video call.
Sedia tahu juga kini drama lakonan Aeril Zafrel dan Hannah Delisha berjudul Tercipta Satu Ikatan menjadi antara yang menarik perhatian ramai dan mereka pula di jemput sebagai tetamu jemputan Meletop pada minggu ini bagi berkongsikan drama tersebut kepada umum.
Mereka berdua berpeluang di rancangan Meletop bagi berkongsi mengenai watak masing-masing yang mempunyai kisah tersendiri yang mempertemukan kedua-dua watak utama itu dalam drama Tercipta Satu Ikatan.
Dalam pada itu, menerusi Meletop Hannah Delisha juga di soal mengenai kisah penghijrahan dirinya yang sudah mengenakan hijab dimana kisahnya itu sejak kebelakangan ini mendapat perhatian ramai disamping dipuji para peminat.
Sekali gus, Hannah Delisha juga menerima doa warganet yang mendoakan agar dia terus istiqomah.
“Bila dah berhijrah, makin minat dengan Hannah Delisha…”
“Dulu barbie free hair, sekarang barbie hijab”
“Moga Hannah istiqomah”
SumberYoutube Meletop
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : HCL
Be the first to comment on "Hannah Delisha Kongsi Kisah Hijrah Di Meletop, “Makin Minat…”"