Akhirnya Bersatu Kembali… Dayah Bakar Bawa Anak Jumpa Suami, Ambil Keputusan Berhijrah Ke Australia

SETELAH lebih setahun tidak bertemu, penantian pengacara Dayah Bakar berakhir apabila dia kembali disatukan dengan suami, Muhammad Hanif Hamidi di Australia pada Selasa.

Dayah atau nama sebenarnya, Nur Hidayah Abu Bakar, 32, turut membawa bersama anak mereka, Achbar Muhammad Fahri yang kini genap berusia lima bulan.

Pengacara itu terlebih dahulu telah menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari bersama anaknya sebaik tiba di Australia pada 6 Januari lalu.

Momen indah penyatuan keluarga kecil itu telah dikongsikan menerusi beberapa foto yang dilampirkan menerusi akaun Instagram peminat Dayah, @dayahlova.

Pengacara program Borak Kopitiam itu menjalani kehidupan jarak jauh kerana suaminya merupakan pegawai tentera yang terikat dengan komitmen kerja di luar negara.

Dayah Bakar akan menetap di Australia selama setahun.

Menerusi foto yang dikongsikan itu, Dayah mengenakan pakaian berwarna biru tersenyum gembira memegang Fahri sambil dipeluk suami tercinta.

Di ruangan komen, rata-rata peminat tumpang gembira apabila melihat keluarga mereka sudah lengkap bersatu semula selepas sekian lama tidak bertemu.

Difahamkan Dayah dan anaknya akan menetap bersama Hanif di Australia selama setahun.

Dayah berkahwin dengan Hanif pada 29 Jun 2018. Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran cahaya mata lelaki, Achbar Muhammad Fahri yang dilahirkan pada 17 Ogos tahun lalu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Akhirnya Bersatu Kembali… Dayah Bakar Bawa Anak Jumpa Suami, Ambil Keputusan Berhijrah Ke Australia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*