Empat Tahun Menunggu, Datuk Awie Sayu Dapat Anak Keenam

Penyanyi Datuk Awie melahirkan rasa syukur selepas isterinya Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin, 34, selamat melahirkan cahaya mata lelaki sulung mereka semalam.

Perkara tersebut dizahirkan sendiri penyanyi itu menerusi status laman s0sial milik beliau.

“Segala puji-pujian buatMu, Kau makbulkan hajatku, hari ini (semalam) 6 petang bertemu, oh 9 bulan ku tunggu, syukur keduanya sihat selalu.

“Bahagiaku dengan kehadiranmu, menambah seri di dalam Istana ku, Terima kasih oh Tuhan ku! Aku sayu!,” tulis penyanyi, pelakon dan penerbit itu.

Perkongsian status itu turut menerima reaksi gembira daripada rakan-rakan dan kenalan yang mengucapkan tahniah selepas penyanyi berusia 53 tahun itu dikurniakan cahaya mata keenam.

Awie juga memaklumkan keadaan isterinya dan bayi mereka berkeadaan sihat.

Terdahulu Awie telah mendirikan rumah tangga dengan Sharifah Ladyana pada Oktober 2016.

Melalui perkahwinan sebelum ini bersama penyanyi Arni Nazira, Awie dikurnia dua cahaya mata dan tiga lagi bersama Rozana Misbun.

 

Sumber:K0smo

Be the first to comment on "Empat Tahun Menunggu, Datuk Awie Sayu Dapat Anak Keenam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*