Mahukan Doktor Wanita… Nad Zainal Pilih Hospital Sama Untuk Bersalin Anak Kedua

BAKAL menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi, pelakon Nad Zainal berkata dia memilih untuk melahirkan bayi itu di pusat perubatan yang sama dengan anak sulungnya iaitu Fahad Ibrahim.

Selepas mengambil kira beberapa faktor, Nad memilih pusat perubatan berkenaan kerana lokasi yang lebih dekat dan situasi semasa negara yang kini sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Nad pilih doktor yang sama sambut Yem (anak sulung) untuk baby kedua… faktor lokasi juga main peranan, tak nak jauh-jauh!

“PKP pula tu payah kalau nak bergerak jauh-jauh nanti. Apa yang mummy cari pada h0spit4l? Kos, jarak dari rumah atau doktor?

“Nad malas nak tukar-tukar doktor… salah satu sebab sekarang memang doktor perempuan iaitu Dr Kay, keduanya biarlah Dr. Kay je yang ‘tengok’ tak payah tambah doktor lain. Bagi saya itu semua (faktor), ” katanya.

Nad kongsi persediaannya melahirkan anak kedua.

Pelakon drama Hati yang Ters4kiti ini berkongsi perkembangan kandungan itu menerusi Instagram pada Rabu.

Nad Zainal melahirkan anak melahirkan anak sulung lelaki bernama Fahad Ibrahim Muhammad Faliq di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada Oktober 2016.

 

Yem tiap kali ke h0spit4l dia ingat doktor nak belah perut mak dia, asyik tanya, mana baby? tak keluar ke? lambat lagi nak keluar!

NAD ZAINAL

PELAKON

Pada Oktober tahun lalu, Nad mengumumkan dirinya hamil anak kedua dan kini kandungannya memasuki usia tujuh bulan.

Dalam pada itu, Nad turut berkongsi keterujaan Fahad yang tidak sabar menantikan kelahiran adiknya itu.

Nad bersama suami dan anak tersayang.

“Yem tiap kali ke h0spit4l dia ingat doktor nak belah perut mak dia, asyik tanya, mana baby? tak keluar ke? lambat lagi nak keluar!

“Trip ke h0spit4l berjalan lancar semalam dengan SOP yang ketat… nasiblah tak ada orang datang check up semalam, mungkin sebab weekdays.

“h0spit4l tengah ubahsuai, harapnya masa bersalin dah siap… tapi cantik betul macam nak beraya pula rasanya, ” ujarnya.

Nad berkahwin dengan Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber : mStar 

Be the first to comment on "Mahukan Doktor Wanita… Nad Zainal Pilih Hospital Sama Untuk Bersalin Anak Kedua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*