Anzalna Nasir Selamba Main Bola Sepak Pakai Skirt, “Gitula Kalau Rosalinda…”

Pelakon jelita, Anzalna Nasir meskipun tidak terlalu acap dilihat menerusi kaca televisyen selepas mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki namun peminatnya masih sahaja dapat melihat telatah dia menerusi ruangan Instagram peribadinya.

Malah, Anzalna Nasir juga mempunyai jutaan pengikut yang mana sudah berjaya mencapai 3.2 juta followers yang rata-ratanya para wanita sekali gus peminat-peminatnya juga seronok melihat perkembangannya yang kini difahamkan lebih aktif sebagai seorang model.

101110713_2712305842346762_2253585857808521625_n

Terbaru, satu perkongsian daripada Anzalna Nasir membuatkan orang ramai tercuit hati apabila nampaknya selebriti jelita ini tidak seperti watak-watak yang pernah dibawakan olehnya apabila rupa-rupanya dia merupakan seorang yang kelakar.

Apabila juga peminat dan pengikutnya telah mengetahui sikap lucunya itu yang sekali gus menghiburkan kerana dia pernah berkongsikan bahawa dirinya seorang yang mudah terhibur.

Video yang dimuat naik ini juga tak kurang lucunya kerana ia memaparkan gelagat selamba Anzalna Nasir yang bermain bola sepak dengan memakai skirt sehingga mengundang video terbabit ditonton ribuan kali.

“Geram je player lain tengok”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)

Menerusi ruangan komen di posting pula, Anzalna Nasir menerima ratusan reaksi lucu peminat dan pengikut apabila sikap selambanya bermain bola sepak mencuit hati mereka.

“Gitula kalau Rosalinda sepak bola”

Anzalna NasirAnzalna Nasir

“Bukan nak main bola sangat, nak kepakkan skirt tu jer haha”

Anzalna NasirScreenshot_6

“Hahaha macam ni pun gedik-gedik cantik tau”

Screenshot_7

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber : HCL 

Be the first to comment on "Anzalna Nasir Selamba Main Bola Sepak Pakai Skirt, “Gitula Kalau Rosalinda…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*