Ernie Zakri Dan Syamel Makin Pening Cari Tarikh Kahwin, Majlis Nikah Mungkin Tangguh

BAKAL melangsungkan pernikahan dengan Syamel pada tahun ini, penyanyi Ernie Zakri memberitahu sehingga kini dia masih buntu mencari tarikh dan lokasi yang sesuai untuk hari bahagia mereka.

Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, berkata beberapa perkara yang perlu dititik berat antaranya senarai jemputan supaya majlis mengikut prosedur operasi standard (SOP) menyebabkan dia mengambil masa lama untuk merancang.

Bagaimanapun penyanyi berusia 29 tahun ini menyasarkan untuk melangsungkan perkahwinan selepas Anugerah Juara Lagu yang ke-35 (AJL35) dan akan berkongsi berita gembira itu dengan peminat di masa kelak.

Ernie dan Syamel bakal disatukan sebagai suami isteri pada tahun ini.

“Apa yang saya boleh dikatakan dan dikongsi buat masa sekarang, sudah tentu majlis pernikahan saya dan Syamel akan diadakan selepas selesai AJL nanti. InsyaAllah… kami akan langsungkan perkahwinan.

“Cumanya tarikh dan semua perancangan melibatkan perkahwinan kami akan diumumkan kelak. Sebab ada beberapa perkara antaranya lokasi yang belum disahkan. Tambahan pula kena fikirkan SOP lagi.

“Jemputan pun nak kena susun betul-betul… siapa yang kami akan jemput. Jadi apabila dah betul-betul buat keputusan pemilihan tarikh, InsyaAllah kami tak rahsiakan dan akan berkongsi dengan semua orang,” katanya kepada mStar.

 

Saya akan berikan rasa dan emosi yang berbeza untuk kali ini.

ERNIE ZAKRI

PENYANYI

Ernie ditemui ketika sesi ramah mesra bersama finalis AJL35 yang diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam baru-baru ini.

Terbaharu produksi AJL35 mengumumkan penangguhan acara itu yang sepatutnya berlangsung pada 7 Februari depan susulan kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 13 hingga 26 Januari ini.

Penyanyi lagu Ku Bersuara itu mengikat tali pertunangan dengan Syamel pada 16 Ogos tahun lalu di kediamannya dan majlis tersebut hanya dihadiri keluarga terdekat.

Dalam pada itu, Ernie yang bakal menyampaikan lagu Gundah di pentas AJL35 mengakui gembira apabila sentiasa menerima pertanyaan mengenai sasaran untuk memenangi Vokal Terbaik.

Namun menurut Ernie, dia tidak mahu hanya menyasarkan anugerah itu sahaja sebaliknya berharap untuk melakukan persembahan sebaik yang mungkin agar single ciptaannya itu menjadi lagu terbaik pada acara tersebut.

Ernie mahu lakukan yang terbaik di malam AJL35.

“Sebenarnya saya bersyukur dan gembira… setiap kali bertanding di pentas AJL pasti akan menerima pertanyaan yang sama. Sekurang-kurangnya ramai juga yang menantikan persembahan daripada saya.

“Tapi nak kata saya letak sasaran untuk menang vokal terbaik sahaja, sebenarnya saya cuba untuk dapatkan semua sekali kerana kali ni lagu yang bertanding adalah ciptaan sendiri.

“Kalau boleh saya nak sasarkan lagu terbaik dan tanggungjawab saya juga untuk berikan yang terbaik pada malam AJL itu nanti. Saya akan berikan rasa dan emosi yang berbeza untuk kali ini. Bukan hanya fokus pada vokal tapi emosi juga,” ujarnya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber : mStar 

Be the first to comment on "Ernie Zakri Dan Syamel Makin Pening Cari Tarikh Kahwin, Majlis Nikah Mungkin Tangguh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*