Maryam Viral Gara2 Muncul Dalam Punchline DAC, Warganet Akui Penat Gelak

Rasanya pasangan suami isteri yang juga dikenali DurianKimchi ini bukan lagi asing buat pengguna media sosial apabila gelagat Ryzal dan isterinya dari Korea yang mesra disapa Maryam membuatkan warganet terhibur.

Malah kini pasangan personaliti media sosial popular itu sudah dapat dilihat menerusi kaca televisyen apabila mereka muncul sebagai tetamu jemputan dan terbaru, Ryzal dan Maryam mencuri tumpuan penonton rancangan komedi baharu, Punchline DAC yang bersiaran di Astro Warna.

135343443_171844254632028_4080636334936225014_n

Untuk info rancangan terbabit dihoskan oleh pengacara tersohor, Datuk AC Mizal dan pastinya tak kering gusi apabila netizen juga dapat menontonnya pada setiap Rabu jam 9 malam.

Apatah lagi, tetamu jemputan merupakan pasangan kegemaran ramai ini dan ternyata ia berhasil membuatkan penonton terhibur apabila gelagat Maryam mengundang gelak mereka.

Malah dilaman sosial pula tular dengan satu rakaman babak Maryam bersama Datuk AC Mizal untuk mencuba pelbagai penambah selera yang sudah dikenalinya namun lain pula yang jadi apabila orang ramai tidak dapat menahan ketawa dengan gelagat Maryam sehingga dia menjadi bualan ramai sejak kebelakangan ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak)

Melalui ruangan komen di perkongsian Zon Lawak itu pula membuatkan orang ramai akui merasa begitu terhibur selepas menonton gelagat Maryam di Punchline DAC.

“Best la dengan Maryam… team dengan Mark Adam ni lagi hebat lawak dorang. Lawak selamba.”

Maryam Maryam

“Budu kena ada nasi, nasi kat mana”

Maryam

“Adoi la Maryam… cute je karenah dia”

Screenshot_232

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber : HCL 

Be the first to comment on "Maryam Viral Gara2 Muncul Dalam Punchline DAC, Warganet Akui Penat Gelak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*