Eyra Hazali Kongsi Cara Solat Dengan Anak Kecil, “Semoga Bermanfaat”

Mula berlakon sejak kecil lagi, Eyra Hazali antara pelakon kanak-kanak yang masih aktif mencurahkan bakat sebagai seorang anak seni. Sudah pun mendirikan rumahtangga dengan Haziq Nadzli yang juga seorang penjaga gol bola sepak dan dikurniakan seorang anak lelaki.

Eyra Hazali bersama suami dan anaknya
Eyra Hazali bersama suami dan anaknya

Sejak itu kisah kehidupannya sering menjadi tumpuan ramai. Malah baru-baru ini Eyra Hazali kongsi cara solat dengan anak kecil menerusi laman Instagram miliknya. Dalam rakaman itu kelihatan Eyra Hazali bertelekung hitam dan mahu mendirikan solat.

Sebelum itu dia mendukung anaknya, Hayder dan terus memulakan solat sambil anak kecil itu dalam dakapannya. Di ruangan kapsyen, Eyra kongsikan kisah Hayder yang sering crancky bila waktu dia solat. Sebelum ini dia hanya membiarkan anak kecilnya itu menangis.

“Sampai Eyra terfikir, takkan takda cara? Susah juga macam ni sebab kita susah hati dia nangis kuat. Hayder sekarang memang cranky teruk,nak dukung saja,” Tulisnya.

Disebabkan itu dia mencari dan menemui cara iaitu dengan cara yang ditunjukkan dalam video tersebut.

“Alhamdulillah, Eyra jumpa cara and sangat2 mudah. Dukung,if dia still nangis,tenangkan saja,tak batal pun,janji kusyuk and aurat terjaga. Tengok la Hayder,time dukung elok,bila letak mengada2 nk juga guling 😂. Semoga bermanfaat untuk kita semua”, tulisnya lagi.

Berikut adalah perkongsian penuh Eyra Hazali kongsi cara solat dengan anak kecil tersebut:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali)

Perkongsian tersebut telah meraih lebih 352 ribu tontonan dan 100 ribu likes. Rata-rata warganet men1ngg4lkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Nice sharing Eyra”

Cara Solat Dengan Anak 3

“MashaAllah so inspiring bermanfaat sangat”

Cara Solat Dengan Anak 2

“Yesss Islam memang mudah kan sis…”

Cara Solat Dengan Anak 1

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber : HCL 

Be the first to comment on "Eyra Hazali Kongsi Cara Solat Dengan Anak Kecil, “Semoga Bermanfaat”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*