Pasangan selebriti Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson baru sahaja menimang cahayamata sebentar tadi. Satu berita yang dinanti-nantikan oleh peminat kedua-dua pelakon ini sejak khabar mengenai Zahirah MacWilson tersebar.
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian Aiman Hakim Ridza sebentar tadi, isterinya itu selamat bersalin pada jam 2.36 petang di 5 Januari 2021. Turut disertakan foto teaser anak lelaki mereka itu dalam perkongsian tersebut. Selain itu Aiman turut meluahkan rasa syukur atas kurniaan tersebut. Berikut adalah perkongsian penuh oleh Aiman Hakim Ridza dalam Instagram miliknya tadi:
View this post on Instagram
Perkongsian berita baik ini telah meraih lebih 146 ribu likes. Rata-rata rakan selebriti dan warganet mengucapkan tahniah kepada pasangan selebriti ini. Malah foto teaser anak lelaki mereka turut mencuri perhatian gara-gara kelihatan lesung pipit pada pipi si comel ini. Berikut antara reaksi ramai mengenai lesung pipit anak Zahirah MacWilson yang jelas kelihatan itu:
“Congrat babe. OMG lesung pipit”
“OMG!!! Lesung pipit comelnya ya Allah”
“Them dimplesss. MasyaAllah Tabarakallah! Alhamdulillah syukur!! Congratulations to Zahirah anda Aiman, welcome to parenthood….”
Untuk info, pasangan ini telah mendirikan rumahtangga pada Februari 2020 dan mereka mengambil keputusan untuk menyambut kelahiran anak Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza ini di Perth, Australia.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : HCL
Be the first to comment on "Anak Zahirah MacWilson Dan Aiman Jadi Tumpuan Gara-Gara Lesung Pipitnya!"