Harris Alif Dipuji Berani Di Meletop , Merisik & Terus Bakal Kahwin Intan Ladyana

Pasangan yang bakal berkahwin pada Februari nanti, pelakon Intan Ladyana bersama pengacara dan penyanyi, Harris Alif nampaknya membuatkan orang ramai semakin gembira melihat perkembangan mereka yang tidak lama lagi bakal menjadi suami dan isteri.

Apa yang membuatkan pasangan sama cantik, sama padan ini mendapat perhatian umum juga kerana sikap matang Harris Alif dimana meskipun berbeza usia 17 tahun daripada kekasihnya itu membuatkan orang ramai memujinya malah mendoakan yang terbaik buat mereka.

130531987_1044230099376070_4019233077276042164_n

Selepas petang kelmarin dalam sidang media, Intan Ladyana dan Harris Alif mengumumkan perkahwinan mereka pada 6 Februari nanti dan pada malam tadi pula, pasangan ini menjadi tetamu jemputan rancangan Meletop.

Pasangan ini yang ditemu bual oleh Nabil Ahmad bersama hos jemputan minggu ini iaitu Sharifah Sakinah turut bertanyakan kisah mereka.

Berkongsikan berita gembira kepada semua mengenai kisah cinta mereka yang mana Harris Alif memberitahu bahawa mereka ada membuat majlis merisik namun tidak bertunang kerana akan terus berkahwin.

 

Menerusi ruangan Youtube Meletop, video Harris Aliff bersama bakal isterinya itu mendapat perhatian ramai disamping warganet turut memuji sikap berani penyanyi berusia 21 tahun itu.

“Ini baru lelaki yang berani mencabar diri demi orang yang dicintai…”

Intan Ladyana

“Bakal suami Intan muda 17 tahun, dah jodoh dia tapi dia tak ambik laki orang”

Intan LadyanaScreenshot_100

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Harris Alif Dipuji Berani Di Meletop , Merisik & Terus Bakal Kahwin Intan Ladyana"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*