Respon Haqiem Rusli Di Meletop Tentang ‘Rezeki’ Dipuji Matang

Pada malam tadi menerusi rancangan Meletop, peminat dan penonton dapat menyaksikan kehadiran pemenang Anugerah Top Top Meletop yang mana Top Top Lelaki dan Wanita dimenangi oleh penyanyi Haqiem Rusli dan Siti Nordiana.

Manakala di Anugerah Meletop Era 2020 baru-baru ini juga didedahkan terdapat kategori baru yang diumumkan pada malam tersebut yang mana menobatkan tiga penyanyi, Haqiem Rusli, Siti Nordiana dan Khai Bahar sebagai pemenang.

Kategori baru itu merupakan Top Top Group/Duo Meletop yang mana menyaksikan penyanyi duet Siti Nordiana dan Khai Bahar merangkul anugerah tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MeleTOP (@meletop)

Walau bagaimanapun, hadirnya mereka bertiga di rancangan Meletop pada malam tadi juga membuatkan peminat dapat menyaksikan ketiga-tiga penyanyi ini berkongsikan perasaan gembira mereka kepada umum selepas dinobatkan sebagai pemenang AME 2020.

Dalam pada masa yang sama, Haqiem Rusli juga ditemu bual mengenai kemenangan tidak henti-henti diterimanya selepas memenangi Anugerah Bintang Paling Popular dan kali ini pula dinobatkan sebagai pemenang Top Top Meletop 2020 disamping beberapa kategori lain juga dimenanginya.

Menerusi Youtube bagaimanapun jawapan atau respon Haqiem Rusli selepas memenangi beberapa anugerah utama membuatkan orang ramai memuji kematangan penyanyi ini disamping sikap humble tiga penyanyi itu juga mendapat perhatian.

“Diorang jenis yang tak meninggi diri…”

Haqiem RusliScreenshot_936

“Untuk mencari rezeki yang halal, kita cari siapa yang pemberi rezeki”

Haqiem Rusli

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Respon Haqiem Rusli Di Meletop Tentang ‘Rezeki’ Dipuji Matang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*