Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pelakon berbakat besar ini, Shukri Yahaya yang mana dia kini menjadi salah seorang pelakon lelaki yang sering mendapat tumpuan umum. Beri sahaja apa watak kepadanya, pasti lakonan Shukri Yahaya di kaca televisyen menjadi buah mulut peminat drama tempatan.
Biarpun begitu, pelakon ini juga semakin bahagia selepas isterinya, Tya atau nama sebenarnya Siti Nurfatihah Ahmad Adnan selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka pada Julai lalu.
Nampaknya, cukup sepasang cahaya mata keluarga Shukri Yahaya apabila anak sulungnya perempuan dan diberi nama Aaira Ameena manakala baby lelaki mereka diberi nama Maleeq Miqayl.
Melalui Instagram, kedua-dua anak Shukri Yahaya mendapat perhatian umum apabila isterinya memuat naik satu rakaman video gelagat mereka.
Ujar Tya Adnan diruangan kapsyen bahawa sebelum ini dia pernah berkongsi perkongsian seperti ini namun sekarang kedua-dua anaknya yang kini makin membesar sudah seperti sama besar.
View this post on Instagram
Walau bagaimanapun, peminat dan pengikut diruangan komen tertarik dan ‘jatuh hati’ dengan kecomelan kedua-dua anak Shukri Yahaya itu sehingga perkongsian video daripada isterinya itu meraih ribuan tontonan di Instagram.
“Sayang betul si kakak pada adik dia”
Aloloo comei sungguh. Sayang betul kakak kat adik”
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : HCL
Be the first to comment on "“Mahai Lesung Pipit…”- Video Comel Anak-Anak Shukri Yahaya Cuit Hati Warganet"