Telatah anak-anak kadang-kadang cukup menghiburkan. Anak kecil ini lahir tanpa sebarang noda dan kita sebagai orang dewasa dan ibubapa mereka seharusnya memberikan contoh terbaik dan mendidik mereka ini.
Namun begitu, baru-baru ini tular satu video seorang anak kecil petah berbual dengan bapa di sosial media. Kanak-kanak perempuan ini dipanggil Yaya dan masih kecil, tapi petah berkata-kata. Apatah lagi Yaya sangat comel!
Dalam rakaman tersebut kedengaran bapanya bertanyakan beberapa soalan kepada kanak-kanak ini. Lebih menarik lagi si kecil bernama Yaya ini berkongsikan cerita mengenai pengalamannya ke Aman Central pada hari tersebut.
Setelah hampir di penghujung video, bapanya ajak tidur namun si kecil ini masih mahu berbual. Tonton gelahat anak kecil petah berbual ini di perkongsian dari pemilik akaun Twitter bernama fyaireez ini:
Syok pulak dengaq cerita yaya sebelum tidoq,Ada ja benda dia nak cerita.Abi mama kena tadah telinga la kena sembang dengan dia 😂 pic.twitter.com/f9ZvCNTKIB
— fs. (@fyaireez) December 20, 2020
Perkongsian rakaman itu telah meraih lebih 129 ribu tontonan dan 9,700 retweets serta 21 ribu likes. Rata-rata warganet men1ngg4lkan reaksi mereka selepas menonton rakaman tersebut di ruangan komen seperti berikut:
“Comelnya Yaya. Suka tengok dia cakap comel! Semoga terus menjadi anak yang bijak okay”
“OMG it’s so so so cute. I’m actually so hard to senyum to be honest tapi namap Yaya nak sembang senyum he meluluh eh gerammm..Comelnyee ishh”
“Tahniah kerana sembang tanpa guna pelat budak, comel sesangat anaknya, semoga membesar dengan sihat”
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : HCL
Be the first to comment on "Gelagat Anak Kecil Petah Berbual Dengan Bapa Curi Tumpuan"