Alhamdulillah… Ammar Alfian Berjaya Khatam Al-Quran Kali Ketiga

PELAKON Ammar Alfian meluahkan rasa syukur apabila berjaya khatam Al-Quran buat kali ketiga buat dirinya.

Ammar berkata, membaca kitab suci itu merupakan satu cara dia mendekatkan diri kepada Islam dan memperoleh ketenangan diri.

“Alhamdulillah, akhirnya khatam Al-Quran tahun ini untuk kali ketiga. Kali pertama ketika berusia 10 tahun dan kedua ketika saya berumur 15 tahun.

“Sejujurnya bagi saya tidak sukar jika ingin cuba mendekatkan diri dengan Islam. Hanya melakukan perkara yang sederhana seperti berdoa dan membaca al-Quran,” ujarnya.

 

Ingatlah dengan berdoa, anda bercakap dengan Allah S.W.T dan dengan membaca Al-Quran, Allah S.W.T bercakap dengan anda.

AMMAR ALFIAN

PELAKON

Amar atau nama sebenarnya Ammar Alfian Aziz, 33, berkata, dia mendapat kehidupan yang damai dengan bercakap dengan Tuhan melalui doa.

Ammar Alfian lebih tenang dekatkan diri dengan Islam.

Pelakon filem Paskal ini turut mendoakan pengikut Instagramnya agar menemui cara yang sama dalam mencari keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

“Ingatlah dengan berdoa, anda bercakap dengan Allah S.W.T dan dengan membaca Al-Quran, Allah S.W.T bercakap dengan anda.

“Saya berdoa agar semua orang mendapat kedamaian dalam kehidupan di dunia dan akhirat,” ujarnya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber : mStarĀ 

Be the first to comment on "Alhamdulillah… Ammar Alfian Berjaya Khatam Al-Quran Kali Ketiga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*