Che Ta Dan Zain Saidin ‘Kahwin Semula’

Kalau orang lain, pastinya mereka akan memakai baju pengantin pada hari perkahwinan sahaja.

Tetapi lain pula bagi pelakon yang siinonim dengan bulu mata palsu iaitu Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa dengan panggilan Che Ta.

Beliau memilih untuk memakai baju pengantin dan melakukan photoshoot pada ulang tahun perkahwinannya yang ke-7 bersama dengan suami, iaitu Zain Saidin.

Kali ini, Che Ta dan Zain memilih untuk memakai busana tradisional berwarna hijau bersama dengan kelengkapan aksesori di kepala.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Dalam masa yang sama, ‘pengantin baru’ ini turut memilih untuk berarak bersama dengan paluan kompang bagi memeriahkan lagi keadaan.

Rata-rata netizen memvji kecantikan dan kekacakan Che Ta bersama dengan Zain, ada juga yang sempat mengusik mengatakan Che Ta nampak seperti baru berusia 20-an.

Pasangan ini telah berumah tangga pada tahun 2013 dan turut dikurniakan seorang cahaya mata yang cantik iaitu Aasisyah Dhia Rana yang kini sudah berusia 6 tahun.

Sumber: HOTFM

Be the first to comment on "Che Ta Dan Zain Saidin ‘Kahwin Semula’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*