Ain Edruce Hadiahkan Piano RM20,000 Untuk Amirul, Sempena Ulang Tahun Pertama Perkahwinan

PELAKON dan pengacara, Ain Edruce menyatakan jika bukan disebabkan pand3mik Cov1d-19, dia dan suami, Amirul Hafiz Mustaffa, 27, pasti sudah terbang ke Switzerland bagi meraikan ulang tahun pertama perkahwinan mereka.

Menurut Ain atau nama sebenarnya, Nurulain Edruce, 29, walaupun sudah pernah berkunjung ke negara tersebut namun dia ingin merasai sendiri pengalaman bermain salji bersama suami tercinta di sana.

“Kalau bukan disebabkan Cov1d-19, mungkin Ain dan suami sudah berada di Switzerland main salji.. tahun lalu kami bulan madu di Dubai, jadi tahun ini saya nak pula rasa sambut ulang tahun pertama di negara sejuk bermain salji dengan suami.

“Tapi tak mengapalah, mungkin impian itu boleh dibawa ke tahun hadapan bersama kehadiran anak sulung kami nanti, mesti lagi meriah,” katanya kepada mStar.

Susulan kekangan untuk melancong ke luar negara, Ain tetap membelikan hadiah istimewa buat suaminya iaitu sebuah piano berharga RM20,000 seperti yang dikongsikan di saluran Youtube miliknya.

Pada mulanya, pengacara itu mengakui buntu untuk mencari hadiah bersesuaian namun akhirnya mendapat idea membeli piano.

“Selepas buat carian di internet, baharu saya dapat idea nak beli piano untuk Amirul walaupun saya tahu dia tak tahu main piano.

“Saya tidak pergi pun kedai tengok keadaan piano yang nak dibeli, sebaliknya terus bank in duit dan hari yang sama juga penjual itu hantar barang. Semua saya set up ketika Amirul sedang bekerja dan bila dia balik dari kerja terus saya buat kejutan itu.

Kalau bukan disebabkan Cov1d-19, mungkin Ain dan suami sudah berada di Switzerland main salji..AIN EDRUCEPELAKON, PENGACARA

“Saya memang suka prank suami sebab suka tengok riak muka dia yang priceless tak tahu apa-apa mengenai kejutan yang diberikan isterinya ini. Pelaburan ini pun cukup bagus sebab nanti anak saya pun boleh belajar main piano,” katanya yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Muzik Komposisi dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Ain turut menambah perkongsiannya itu bukan bermaksud dia ingin menunjuk-nunjuk sebaliknya sekadar ingin meraikan hari bahagia itu dengan peminat.

Ain bakal melahirkan anak sulung pada Mei depan.

“Setakat ini saya tidak dapat apa-apa respons negatif, sebaliknya semua cakap terhibur dengan reaksi muka terkejut suami saya dalam video itu. Saya pun hanya nak berkongsi kegembiraan meraikan ulang tahun pertama dengan peminat.

“Orang baru bercinta sebulan pun ada yang bagi hadiah, inikan pula saya yang dah setahun berkahwin… pastinya saya teruja nak tunjukkan hadiah itu buat suami,” katanya.

Ain mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Amirul Hafiz pada 13 Disember tahun lalu dan kini sedang hamil empat bulan.

 

Sumber: mStar 

Be the first to comment on "Ain Edruce Hadiahkan Piano RM20,000 Untuk Amirul, Sempena Ulang Tahun Pertama Perkahwinan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*