Lps Aku Kena HaIau dr Rumah, Aku jd Cikgu, Lps 5 thn, Tiba2 ibu koI, Aku Hanya Senyap, Nangis dan Terus Ietak

Foto sekadar hiasan.Hai, nama saya Sir N. Saya seorang cikgu English di Sekolah Kerajaan dan juga buat side income as seller.

Sebelum saya nak cerita ni. Saya minta maaf la kalau saya ada salah eja or saya tulis ni korang tak faham ker.

Jalan cerita saya ni berterabur ker.Walaupun saya ni warga pendidik, saya cikgu English.

BM saya berterabur. To Admin.. terima kasih yer post confession saya ni.

Perkara ni sebenarnya dah berlaku lama. Nak kata lama tu macam tak lama sangat.

Baru berlaku tahun lepas.Saya anak bongsu daripada 2 adik beradik. Yer tak ramai, saya ada abang je.

Dari kecik sampai sekarang berempat je dengan mak dan ayah saya..

Dari dulu lagi saya tak tau la. Saya ni kena pilih kasih ker apa ker entah la. Dari zaman tori lagi (bak kata orang pahang).

Mak dan Ayah saya tak pernah puji saya kalau saya ni dapat result cemerlang ke dapat jadi murid contoh dan pencapaian pencapaian tu semua la.

Tapi abang saya, even dapat 1A pun celebrate macam dapat straight A. Dapat hadiah phone baru, kasut baru, beg baru, macam macam la..

Saya pernah terluka banyak kali, ada masa tu saya dapat no. 2 dalam tingkatan tau bukan kelas.

Tingkatan yang saya ni no. 2 antara beratus murid dalam tingkatan yang sama.

Dalam bas nak balik rumah senyum lebar tak sabar nak tunjuk dekat mak dan ayah.

Sanggup pegang kertas result tu, tak masuk dalam bag (padahal baru form 2 masa tu, dah macam ambik result SPM).

Sampai rumah, tunjuk dekat Mak dengan Ayah.. Ayah kata, “Ni je ? Kenapa ada 1C (Math) ni ?”..

Mak pulak tambah lagi rempah ratus, “Kenapa tak dapat no. 1 ?”. Saya mampu senyum je dan terus masuk bilik..

Sampai la zaman Uni. Result SPM saya nak kata cemerlang tu, saya dapat 6A (reaction mak ayah saya still sama dekat perenggan atas).

At least saya dapat masuk IPTA.. cikgu BI kan? Saya ambik course TESL. Abang saya result SPM so so je. Tak layak masuk IPTA.

Mak ayah saya sanggup habiskan duit berbelas ribu nak dia masuk IPTS. Amik course Aviation, jadi pramugara.

Saya yang yuran Uni berapa ribu lah sangat pun saya kena bayar jugak dalam 30%. Kalau abang saya, 100% mak ayah saya sponsor.

Duit makan semua dapat, saya kena kerja part time cari sendiri duit.Zaman uni dah berlalu,

Zaman fresh grad, zaman praktikal. Perkara ni lah yang saya tak boleh lupa. Saya g4duh besar dengan family.

Di sini lah bermula semuanya. Dah 24 tahun saya simpan, saya luahkan lah apa yang saya rasa selama ni dekat mereka..

Lepas luahkan.. saya.. saya kena halau dari rumah. Saya dic4ci m4ki, katanya tak reti bersyukur.

2014 saya start jadi cikgu. Berbekal gaji yang tak seberapa, stay di bilik sewa. Pergi kerja pun tumpang rakan kerja.

Setiap tahun Hari Raya, sorang sorang dah macam y4tim piatu.

2019… 5 tahun kemudian, Kehidupan saya sudah stabil. Saya dah ada rumah dan kereta, boleh pergi kerja sendiri.

Pasal family, dah bertahun putus hubungan taktahu khabar apa. Saya ada lah stalk Fcebook mak saya kalau rindu mereka.

Tiba tiba, time dalam bilik guru menanda buku pelajar pelajar. Mak saya call (saya masih pakai nombor sama dari dulu)..

“Hello… Adik ker ni.. Ni Mak dik.. Adik.. Baliklah..

Mak dengan Ayah dah lama tak jumpa adik. Mak rindu adik.. Ayah pun rindu adik sampai demam..”

Saya speechless. Makin kuat saya tahan, air mata lelaki saya jatuh jugak. Saya nangis tak cakap apa terus end call.

Saya tak tahu nak react apa masatu. Saya tertanya, “Kenapa baru sekarang?” “Kenapa takde keluar kata maaf?”. “Kenapa lama sangat?”..

Takpela, mereka dah rendahkan ego mereka cukupla. Saya nak itu je. Saya pun kenalah rendahkan ego saya jugak. Lepas habis mengajar saya terus minta cuti..

Esoknya, saya call balik..

“Adik balik harini ye. Adik on the way ni”.

By the way, saya di utara. Kampung saya di selatan. Sepanjang perjalanan tu, saya asyik bertanya diri saya.. “Betul ker apa yang aku buat ni?”

Sesudah sampai, lepas parking je kereta. Mak dengan Ayah dah tunggu depan pintu. Mungkin cermin kereta tinted gelap.

Mereka berdua ingat abang saya tapi sebenarnya saya. Tangan saya menggigil. Saya kuatkan jugak diri saya.

Saya bukak saje pintu, muka terkejut saya tengok.

“ADIK???”.. Mak saya bisik kat ayah saya tapi saya dengar juga.. “b.. m…. w” (yer.. kereta saya Bmw).

Saya terkelu sebab mereka lagi tengok kereta saya dari saya sendiri tapi saya tak fikir apa dah.

Saya langkah sampai ke beranda. Saya beri salam, terus mak dengan ayah peluk saya.

“Ayah minta maaf, ayah pandang adik ni macam orang bdoh yang akan memalukan keluarga.

Jadi cikgu ni gaji kecik. Ayah dengan mak hina adik macam macam.

Ayah dengan mak kata adik takkan berjaya. Ayah dengan mak minta maaf dik..”

Saya terus rasa, mungkin inilah orang lain rasa bila dengan family diorang. Saya bersyukur sangat.

Ayah dengan mak dah tak pilih kasih. Saya dapat rasakan yang ayah dengan mak, sayangkan saya.

Tak lama dalam 30 minit macamtu, ada kereta masuk dalam parking rumah. Keretanya Honda Jazz dan masa tu saya berdiri di depan pintu…

Abang saya la orangnya. Dia bersama isterinya dan seorang anaknya yang baru beberapa bulan. Terus tersentak saya.

“Mereka tak jemput aku ker masa kahwin?”

“Takpela.. benda dah lepas..”

Abang pandang saya dengan muka terkejut..

“Adik? Ke.. Kenapa adik baru balik sekarang??”. Terus berlari ke arah saya dan peluk.

“Abang banyak d0sa dengan adik.. Abang minta maaf dik..”

Saya mengelamun.. “Mungkin.. inilah masanya untuk tamatkan semuanya..”

Saya kata dengan abang saya, “Takpela bang.. benda dah lepaskan ? kita mulakan hidup baru yer..”

Mungkin dulu, penuh rasa d3ndam pada diaorang. Rasa nak balas d3ndam tu semua ada.

Tapi lepas apa yang berlaku hari tu, terus hil4ng semua rasa d3ndam. Rasa lega semuanya dah berakhir.

Betul lah orang kata, Air Yang Dicincang Takkan Putus….

Reaksi Warganet

Wan Salina Wan Mamat –Yelah jangan jadi sayang semula lepas awak naik b.m.w. Hehe.

Realiti memang ada mak bapak yang sayang anak anak kandung berdasarkan duit ringgit, darjat pangkat.

Tak pelah dik anggap je ujian untuk mematangkan awak.

Belajarlah untuk tidak jadi ibu bapa yang begini kelak ya!. Ibu bapa tetap awak kena hormat.

Fie Zam –Dik, lain kali nak balik kampung tu bawak axia je.

Baru tau kasih sayang yang awak nampak hari pertama jumpa tu sebab betul rindu, sayang dan maaf. Atau sebab BMW., Hmm.

Kalau boleh, kot kot nanti maca macam permintaan dan belanja yang diminta. Jangan lah terlalu beria memberi sampai awak t0gel habis semata awak baru rasa bahagianya ‘disayangi keluarga’.

Maaf, akak bukan nak memerli. Cuma nak kamu berhati hati. Jangan berdendam, cuma tolong hati hati.

Btw, akak doakan keluarga awak insaf dan dikurnia Allah hidayah. Dan moga keadaanmu baik2 aja, dan dalam lindungan Allah, dik.

Kerdil dan bersyukurnya aku dikurnia keluarga seadanya. Menyayangi, tak memilih bulu. Kekecik kuat gaduh, dewasa itu mengeratkan. Susah senang bersama

Alyanie Rosli –Mengalir jap baca confession ni. Btw drah daging tetap drah daging. Perkara lepas janganla di kenang.

Jadikan ini asbab untuk kita jadi Ibu Bapa yang lebih baik untuk anak anak kita.

Semoga bahagia selamanya bersama keluarga Tuan. Saya respect keluarga ni. Mak Ayah dia turunkan ego mintak maaf dengan anak mereka.

Si anak pulak seorang anak yang sangat baik. Terus apply cuti balik jumpa mak ayah.

Manusia tiada yang sempurna. Kita semua banyak khilaf. Memaafkan adalah lebih baik. Saya doakan semoga keluarga ini dirahm4ti dan berbahagia selalu.

Julie Ismail –Pas abis baca terus nak nyanyi lagu Aisyah, kemaafan…dendam yang terindah….

Alhamdulillah, keluarga udah le kecik, berbaik sudahnye. Syukur. Sekurang kurangnya dapat nikmat bersama ketika semua masih bernywa.

Lepas ni awak bole la cari calon isteri. Dah tak segan dah bole perkenalkn dekat mak ayah di kampung.. hehe

Sumber – Sir N (Bukan nama sebenar) via IIUMC.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom like page kami Limau Manis Media

Sumber : http://gstv.vip/

Be the first to comment on "Lps Aku Kena HaIau dr Rumah, Aku jd Cikgu, Lps 5 thn, Tiba2 ibu koI, Aku Hanya Senyap, Nangis dan Terus Ietak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*