Zulin Aziz Kongsi Foto Romantik

GARA-GARA rancangan perkahwinan musnah, pelakon Zulin Aziz memilih untuk mengunci mulut apabila disoal mengenai foto r0mantik yang hanya menampakkan bahagian tangan seorang lelaki.

Menurut Zulin Aziz atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abd Aziz, 31, dia merahsiakan identiti jejaka itu selepas mendapatkan nasihat keluarganya.

Tambahnya lagi, dia ingin menjalani kehidupan secara privasi dan perkongsian itu sekadar untuk dijadikan kenangan.

 

Zulin tidak mahu berkongsi mengenai kehidupan peribadinya.

“Apa yang jadi sebelum ini merupakan satu pengajaran untuk saya. Jadi, saya tak nak komen mengenai foto tersebut dan saya juga mahukan privasi.

“Lagipun atas nasihat keluarga agar tidak mendedahkan apa-apa. Bagi saya cukuplah perkongsian saya itu dan tidak mahu ulas lebih lanjut kerana netizen sekarang ini sangat b4haya,” katanya kepada mStar.

Perkongsian foto yang memperlihatkan seseorang memegang tangan Zulin ketika sedang menikm4ti makan malam dalam suasana romantik di sebuah restoran, baru-baru ini.

Rata-rata netizen mula membuat andaian mengatakan bekas penyampai radio Suria FM itu sedang dilamun cinta.

Lagipun orang dah muak balik-balik cerita kisah cinta saya.

ZULIN AZIZ

PELAKON

Dalam pada itu, pelakon telefilem Cekelat Tak Semanis Honey ini memberitahu dia hanya mahu perniagaan dan kariernya dalam industri seni sahaja menjadi perbualan.

“Sejujurnya saya mahu karier saya dalam industri seni dan bisnes sahaja menjadi perbualan. Saya dah malas nak cerita kehidupan peribadi yang akan penuh dengan kontroversi nanti.

 

Zulin mahu hanya perniagaan dan karier seni menjadi perbualan.

“Lagipun orang dah muak balik-balik cerita kisah cinta saya,” jelasnya lagi.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Zulin meluahkan rasa syukur kerana masih berpeluang untuk bergiat aktif dalam dunia lakonan dalam tempoh pandemik Covid-19.

Selain itu, perniagaan makanan sampingan yang diuruskannya juga berjalan dengan lancar menerusi jualan atas talian.

“Sekarang ni saya tengah menjalani penggambaran drama Penjara Janji dan apabila selesai sahaja penggambaran tu saya akan terus sambung dengan telemovie Sabotaj Raya,” ujarnya.

 

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom like page kami Limau Manis Media

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Zulin Aziz Kongsi Foto Romantik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*