Alya Iman Akui Bahasa Melayu Tervk, Lebih Selesa Berbahasa Inggeris

Meskipun pelbagai kontr0versi terpal1t dirinya sebelum ini , namun pelakon baharu Alya Iman yang juga anak pelakon allahy4rh4m Azmil Mustapha ini tetap tenang meneruskan kehidupanya seperti biasa.

Sering memuat naik kapsyen menulis dalam Bahasa Inggeris di Instagram miliknya, Alya berkata dia dan keluarga berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris termasuk dengan arw4h bapanya. Malah, Alya akui tervk dalam bahasa Melayu.

“Pertamanya Alya mengaku Alya sangat teruk dalam Bahasa Melayu. Sebabnya adalah kerana Alya dulu tinggal di Syria dan di Syria, bahasa kedua mereka adalah Bahasa Perancis.

“Walaupun Alya ada ramai kawan-kawan Melayu di Syria, tapi hamp1r setiap masa Alya dengan Baba, Alya berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Dalam keluargapun kami lebih banyak bercakap dalam Bahasa Inggeris dan Alya pun dah terbiasa.

“Balik daripada Syria pun Alya masuk Sekolah International, jadi kawan-kawan Alya kebanyakannya adalah bangsa asing dan kami bercakap dalam Bahasa Inggeris,” terangnya.

Alya berkata meskipun dia lebih selesa menulis dalam Bahasa Inggeris namun tidak bermakna dia mengenepikan penggunaan Bahasa Melayu kerana adakalanya dia bertutur dalam Bahasa Melayu.

“Kadang-kadang Alya cakap saja dalam Bahasa Melayu. Alya tak cakap yang Alya nak ke tepikan Bahasa Melayu.

“Ramai sahaja orang Melayu yang berbahasa Melayu mengikuti media sosial Alya. Mereka tanya soalan dalam Bahasa Melayu dan sebagainya,” katanya.

Menyedari terlalu ramai mereka di luar sana yang suka membenc1, Alya berkata dia memulakan hidup baharu dan mencuba sebaik mungkin untuk menjadi dirinya.

“Sekarang ni Alya rasa seperti kehidupan baru. Kat luar sana ramai sangat h4ters. Tak kira masa. Kita buat ini salah, kita buat itu salah. Jadi Alya pilih untuk memulakan hidup baru, untuk berkongsi apa yang sebenarnya, siapa Alya Iman, apa Alya Iman buat.

“Kalau dulu sanggup nak OOTD setiap hari, nak pakai makeup setiap hari hanya nak tunjukkan pada orang yang kita ni Instafamous atau selebriti. Tapi sekarang Alya lebih senang menunjukkan siapa diri Alya yang sebenar,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Alya Iman (@alyimn)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Alya Iman (@alyimn)

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom like page kami Limau Manis Media

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Alya Iman Akui Bahasa Melayu Tervk, Lebih Selesa Berbahasa Inggeris"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*