Rahsia Anggota Jabatan Imigresen Berpangkat Rendah Gred KP19, Tapi Milki Kereta Mewah Terb0ngkar

Putrajaya: Hadiahkan ‘koleksi’ kereta mewah kepada segelintir kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang terbabit dengan sindik3t penyal4hgunaan pengesahan cop keluar dan masuk di pintu utama negara.

Ini dibuktikan apabila pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasvah Malaysia (SPRM) menerusi operasi Ops Selat bertindak mer4mpas 21 kenderaan mewah pelbagai model miliki kakitangan JIM yang diberkas sejak Isnin lalu.

Antara model kereta dirampas membabitkan Nissan Skyline R35, Subaru, Toyota Alphard, Hyundai Starex, Honda Accord, Mitsubishi Lancer dan pelbagai kenderaan import lain.

Sumber berkata, semua 21 kenderaan mewah bernilai jutaan ringgit itu kini disita di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk siasatan lanjut.

“Turut disit4 4 motosikal berkuasa tinggi milik kakitangan JIM ditahan reman terbabit.

“Siasatan susulan dilakukan SPRM turut menemui wang tunai berjumlah RM132,000 selain turut menyita wang di dalam akaun bank milik kakitangan JIM berjumlah RM616,499,” katanya.

Menurutnya, SPRM amat serius dalam memb0ngkar kegiatan r4suah susulan penahanan 27 anggota JIM, 14 ejen pekerja asing dan lima orang awam.

“Siasatan mendapati ejen atau orang tengah ini menggunakan wang dan kenderaan mewah untuk ‘membeli’ hati kakitangan terbabit bagi memudahkan urusan keluar masuk pekerja warga asing bermas4lah dari negara ini sejak 2017,” katanya.

Sumber berkata, siasatan SPRM menerusi operasi khas mendapati sindiket ejen warga asing ini sudah membelanjakan RM14.5 juta untuk menyogok pegawai imigresen sejak 4 tahun lalu.

Kakitangan Berpangkat Rendah

“Ini dibuktikan apabila ada antara kakitangan JIM berpangkat rendah dit4han memiliki wang simpanan dalam jumlah tidak masuk akal serta kenderaan mewah. Bagi mengaburi pihak berkuasa, individu dikenal pasti sebagai orang tengah atau ejen kegiatan har4m ini mendaftarkan kenderaan mewah menggunakan nama individu lain.

“Ini jelas melangkaui pendapatan individu terbabit yang hanya menduduki Gred KP19,” kata sumber itu kepada Harian Metro.

Mengikut laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), gaji minima gred KP19 bagi klasifikasi perkhidmatan keselamatan dan pertahanan awam adalah RM1,360 dan maksimum RM4,052 tidak termasuk bayaran elaun.

“Malah, siasatan turut menjurus kepada kehidupan mewah dikecapi termasuk kerap melancong ke luar negara,” katanya.

Menurutnya, SPRM kini meneruskan usaha membvru dua lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes rasvah berkenaan dapat dikesan.

“Sehingga kini (semalam), lelaki terbabit Yuen Hon Loong, 49, dan Teo Hun Siang, 36, masih gagal ditemui,” katanya.

Menerusi Op Selat, SPRM berjaya memberkas 46 individu pada Isnin lalu.

Melalui laporan Harian Metro bermula Rabu lalu, kakitangan JIM itu disogok susulan banyak permintaan daripada majikan untuk melanjutkan tempoh izin berada di negara ini dan permintaan pekerja asing atau migran untuk pulang ke negara asal mereka.

Dalil Penghar4man R4suah

Pengharaman r4suah adalah jelas sama ada di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Lar4ngan r4suah dalam al-Quran diambil daripada celaan Allah SWT terhadap kaum Yahudi yang biasa mengambil rasuah. Allah SWT berfirman:

سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ

Maksudnya: Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya)

Surah al-Maidah (42)

Imam al-Baghawi menjelaskan ayat ini dengan mengatakan: “(Ayat) ini turun berkenaan para hakim Yahudi, Ka’ab al-Asyraf dan yang sepertinya. Mereka menerima rasuah dan memutuskan hvkum untuk memenangkan orang yang merasuah mereka.” (Lihat Ma’alim al-Tanzil, 3/58)

Begitu juga dengan firman Allah SWT:

وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi ra4suah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) d0sa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”

(Surah al-Baqarah: 188)

Al-Sobuni berkata: “Janganlah sebahagian kamu memakan sebahagian harta yang lain dengan cara yang tidak dihalalkan oleh Allah seperti kamu memberi rasuah kepada hakim-hakim.” (Lihat Sofwah al-Tafasir, 1/112)

Manakala dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي

Maksudnya: “Laknat Allah kepada pemberi rasuah dan penerima rasuah.”

Riwayat Ahmad (6984) dan Ibnu Majah (2313)

Dalam hadis lain yang turut diriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr R.Anhuma, beliau berkata:

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- الرَّاشِىَ وَالْمُرْتَشِىَ

Maksudnya: “Rasulullah SAW mel4knat pemberi r4suah dan penerima r4suah.”

Riwayat Ahmad (6532, 6778, 6830), Abu Daud (3582) dan al-Tirmizi (1337)

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom like page kami Limau Manis Media

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Rahsia Anggota Jabatan Imigresen Berpangkat Rendah Gred KP19, Tapi Milki Kereta Mewah Terb0ngkar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*