Muslim Pro did4kwa jual data, sekali Neelofa Akan Lancar ‘Aplikasi’ Baru Buat Netizen Teruja

Pengacara dan usahawan berjaya Neelofa akan melancarkan aplikasi islamik miliknya yang dikenali sebagai The Noor.

Menerusi laman sosial Instagram, Neelofa berkongsi pembikinan aplikasi itu yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

“The Noor, boleh didapati tidak lama lagi. Ciri kegemaran saya, penterjemahan suara Al-Quran dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Indonesia, bahasa Tamil dan juga Mandarin,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Malah, dia turut mempromosikan akaun Instagram aplikasi The Noor yang baru dibuka sekitar September lalu.

Difahamkan, The Noor menjadi platfrom untuk orang beragama Islam mendengar alunan bacaan Al-Quran oleh tokoh-tokoh islamik terkenal dunia.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya tidak sabar untuk memuat naik aplikasi ini di telefon pintar masing-masing dan menggunakan pelbagai kemudahan yang ada.

Ada yang berharap The Noor boleh mengantikan aplikasi Muslim Pro yang didakwa menjual data penggunanya kepada pihak tentera Amerika Syarikat.

Malah, tidak kurang juga ada yang turut memuji usaha Neelofa mencipta satu aplikasi islamik yang akan memberi manfaat kepada orang ramai.

“Hebat. Seronok saya melihat perkara yang baik untuk Islam. Saya turut berkongsi di Instastory saya supaya banyak orang boleh mendapat manfaatnya,” tulis Datuk Seri Aliff Syukri.

“Seronoknya. Kalau boleh ada bacaan Abdul Rahman Massod. Ya Allah suara dia sangat charming dan merdu dengar hari-hari jadi tenang,” komen seorang wargamaya.

“Masya-Allah, terima kasih memudahkan urusan kami. Hopefully ada sekali azan, kiblat, waktu solat menggantikan Muslim Pro,” kata seorang wargamaya.

“Alhamdulillah, rasa nak menangis. Banyak manfaat sejak perubahan Neelofa,” puji seorang wargamaya.

“Bila boleh guna ni aaaa tak sabar!” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, akaun Instagram rasmi The Noor telah mengutip seramai 24,000 pengikut.

Muslim Pro nafi jual data kepada tentera AS

Singapura: Syarikat yang membangun aplikasi Muslim Pro menafikan dakwaan bahawa pihaknya menjual maklumat peribadi pengguna kepada tentera Amerika Syarikat (AS).

Firma Bitsmedia pada Selasa memberitahu The Straits Times Singapura bahawa pihaknya akan membatalkan hubungannya dengan rakan data, tanpa secara khusus, merujuk kepada mana-mana pihak.

Berdasarkan laporan Vice Media yang diterbitkan pada Isnin, tentera AS membeli maklumat peribadi daripada aplikasi di seluruh dunia, termasuk Muslim Pro yang dimuat turun 98 juta pengguna di seluruh dunia dan mempunyai ciri seperti al-Quran dalam talian dan waktu solat.

“Ini adalah tidak tepat dan tidak betul. Perlindungan terhadap privasi pengguna Muslim Pro adalah keutamaan kami,” kata ketua komuniti Muslim Pro, Zahariah Jupary.

“Sebagai antara aplikasi paling dipercayai pengguna Muslim sejak 10 tahun lalu, kita memastikan standard privasi terbaik dan perlindungan data peribadi, dan tidak pernah berkongsi maklumat peribadi pengguna,” katanya.

Beliau juga berkata, syarikat pembangun aplikasi berkenaan sudah melancarkan siasatan dalaman dan menilai semula polisi pengurusan data untuk memastikan maklumat peribadi pengguna diuruskan dengan sewajarnya.

Vice sevelum ini melaporkan bahawa tentera AS membeli data Muslim Pro melalui pihak ketiga iaitu broker data dikenali sebagai X-Mode. Broker data ini adalah pihak yang mengumpul dan membeli data daripada pelbagai syarikat.

Antara maklumat yang dibeli termasuk lokasi pengguna dan nama jaringan Wifi yang digunakan pengguna, masa dan maklumat mengenai model telefon bimbit yang terdapat aplikasi tertentu.

Zahariah berkata, Muslim Pro bekerjasama dengan X-Mode sejak empat minggu lalu, tetapi sudah membatalkan sebarang hubungan dengan syarikat itu dan semua rakan datanya.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan butiran mengenai bentuk hubungan antara Bitsmedia dan X-Mode.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom like page kami Limau Manis Media

Sumber : 

Be the first to comment on "Muslim Pro did4kwa jual data, sekali Neelofa Akan Lancar ‘Aplikasi’ Baru Buat Netizen Teruja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*