“Bagaimana Penerimaan Brand Antarabangsa?,” – Uyaina Arsyad Tanya Neelofa, Ternyata Jawapannya Buat Uyaina Arshad Meremang!

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arsyad ada berkongsi kisah sewaktu pertemuannya untuk menjayakan satu projek bersama pengacara serta usahawan, Neelofa.

Menurut Uyaina, perjalanan hijrah yang telah dilalui Neelofa sedikit sebanyak telah menjadi sumber inspirasi kepada dirinya.

Malah, Uyaina sempat bertanya mengenai apa penerimaan jenama antarabangsa mengenai penampilan terkini bekas hos MeleTop itu.

 

“Perjalanan hijrahnya telah menginspirasikan ramai orang dan dia tidak akan pernah berhenti.

“Dalam banyak-banyak soalan yang sempat saya tanyakan dalam perjumpaan kami yang singkat tadi, salah satunya adalah ‘Sebagai duta untuk pelbagai jenama antarabangsa, bagaimanakah penerimaan mereka mengenai penampilan Neelofa yang kini berniqab?’

“Jawapan yang dia berikan buat saya meremang. Saya telah bersedia untuk segala kemungkinan termasuklah akan ditolak atau dilabel sebagai ekstremis.

“Sebaliknya, mereka pula bertanya kepada saya bagaimana kami (jenama antarabangsa) boleh menyesuaikan diri dengan penampilan terkini saya.

“Jawabnya dengan penuh rasa rendah diri dan ini telah pun menjawab segala persoalan,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan pelakon drama Perempuan Tanpa d0sa itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Uyaina turut mendedahkan perkongsian tersebut ternyata memberikannya perspektif baru untuk berani berubah ke arah yang lebih baik.

“Kadang kala kita berasa takut untuk berhijrah sebab kita fikir yang kita akan kehil4ngan banyak tawaran kerja dan tidak dapat menenuhi permintaan para klien.

“Tapi tidakkah kita ingat yang rezeki datang daripada Allah dan hanya Dia seorang. Kalau kita meletakkan Dia sebagai keutamaan, kita akan sentiasa dimuliakan olehNya.

“Sesiapa sahaja boleh jadi terkenal dan hidup glamor, tetapi tidak semua orang boleh menjadi inspirasi dengan gaya hidup yang sederhana dan sopan.

“Terima kasih diatas perkongsian ini Lofa. Awak telah menginspirasikan saya dalam pelbagai cara. I love you,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tersentuh dengan perkongsian dari Uyaina itu.

 

Terdahulu, Uyaina kini dilihat sibuk mempromosikan drama terbarunya berjudul Perempuan Tanpa d0sa yang kini sedang ditayangkan di saluran Astro Ria dan Ria HD.

Sumber: Instagram Uyaina Arsyad

Kredit: MH

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom like page kami Limau Manis Media

Be the first to comment on "“Bagaimana Penerimaan Brand Antarabangsa?,” – Uyaina Arsyad Tanya Neelofa, Ternyata Jawapannya Buat Uyaina Arshad Meremang!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*