Jawapan Selamba Ronaldo Bila Ditanya Adakah Khabib Akan Menang Telah Mencvri Perhatian Umat Islam

Pemain terbaik dunia lima kali, Cristiano Ronaldo memilih Khabib Nurmagomedov memenangi perlawanan apabila bertemu Justin Gaethje pada UFC 254.

Difahamkan Khabib yang belum pernah tewas, akan beraksi di Fight Island minggu depan bertemu juara interim, Gaethje dalam kategori lightweight.

Susulan perlawanan yang dinantikan peminat-peminat pertarungan UFC di seluruh dunia, Ronaldo yang juga bintang Juventus berusia 35 tahun, ditanya ramalannya berhubung perlawanan itu.

Ikon Portugal itu yang ketika ini menjalani pengasingan diri selepas didapati positif COV1D-19, telah memilih Nurmagomedov, 32, untuk mempertahankan kejuaraannya.

Ayat Ronaldo cvri perhatian umat Islam

Menariknya Ronaldo ketika bersiaran langsung di Instagram menjawab perkataan yang mencvri perhatian seluruh umat Islam.

” Sudah tentu Khabib akan memenangi perlawanan itu. Saudara saya, Insya-Allah!” jawab Ronaldo.

Kisah berkenaan Ronaldo yang sering mengucapkan perkataan yang sinonim dengan umat Islam bukanlah perkara baru.

Kedua-dua atlet berstatus bintang itu pernah bertemu pada 2018 yang menyaksikan mereka bergambar bersama-sama dengan Khabib memegang jersi Real Madrid.

Pertemuan Ronaldo dengan Khabib di Madrid itu sebaik pemain kelahiran Portugal itu meledak hatrik ketika menentang Real Sociedad di mana skuad Los Blancos menang 5-2 di Stadion Santiago Bernabeu.

Menerusi video yang dimuatnaik Khabib di Instagram, Ronaldo kelihatan sangat akrab dengan petarung dari Rusia itu.

Sambil menunjukkan ibu jarinya ke kamera, Ronaldo berkata, “Assalamualaikum. Waalaikumsalam.”

Khabib turut berpeluang bertemu dengan anak lelaki Ronaldo, Cristiano Jr dan sempat bertukar hadiah dengan Ronaldo.

Khabib memberi Ronaldo sehelai jubah. Sementara Ronaldo memberi petarung UFC itu kemeja Real Madrid dan bola yang ditandatanganinya.

Untuk rekod, Khabib Nurmagomedov merupakan petarung Muslim pertama yang menerima status bintang di UFC.

” Gembira bertemu anda sang juara. Tahniah atas persembahan hebat anda [melawan Sociedad] malam tadi,” tulis Khabib di Instagram.

Menurut laporanThe Guardian, Khabib merupakan petarung muslim pertama yang mendapat status bintang di gelanggang UFC. Beliau memiliki rekod bersih dengan sembilan kemenangan tanpa sebarang kekalahan.

Difahamkan juga Ronaldo sendiri meminati pertarungan bebas atau MMA. Selain berkawan dengan Khabib, Ronaldo juga memiliki hubungan dekat dengan petarung Maroko Badr Hari.

Ronaldo adalah peminat UFC dan sebelum ini pernah berlatih bersama seteru utama Khabib, Conor McGregor, 32.

McGregor dan pemenang anugerah Ballon d’Or sebanyak lima kali itu bertemu di Las Vegas pada 2016.

Pertarungan yang berlangsung di T-Mobile Arena, Las Vegas, Amerika Syarikat telah menyaksikan Khabib menewaskan McGregor menerusi ‘submission’ (kuncian) ‘rear naked choke’ pada minit 3.03 pusingan keempat.

Kejayaan Khabib ketika itu hangat diperkatakan orang ramai meskipun tidak pernah kenal dan tengok aksi Khabib, memandangkan beliau petarung Islam yang berjaya menjadi juara di pentas terhebat.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom like page kami Limau Manis Media

Sumber : Asia Kini

Be the first to comment on "Jawapan Selamba Ronaldo Bila Ditanya Adakah Khabib Akan Menang Telah Mencvri Perhatian Umat Islam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*