“Pakai Krim Terus Besar” Founder ni Mahu Noorkhiriah Buat Paid Review, Sekali Jawapan Dia Bagi Memang Mengejutkan

PELAKON serba-boleh, Noorkhiriah, 44, tersinggung apabila dirinya dihina buruk oleh sesetengah pihak.

Ini sehingga sekarang walaupun kadang-kadang gelaran diberikannya itu cuma sekadar gurauan. Noorkhiriah berkata, dia tidak kisah digelar tua namun cukup terasa sekiranya digelar buruk yang jelas termasuk dalam kategori sindir badan (body shaming).

“Saya tidak kisah digelar tua sebab saya memang sudah tua.Tapi apabila digelar buruk, saya memang terasa sebab dari dulu mula masuk industri hiburan, buruk itu sinonim dengan saya. Ada juga pengarah yang sebut buruk tepat pada muka saya. Saya tak tahu kenapa, mungkin betullah saya buruk sangat. Sampai terdengar-dengar mereka sebut buruk walaupun hanya gurauan.

Barulah saya tahu itu sejenis ‘body shaming’. Kadang-kadang dalam gurauan berpada-padalah,” katanya.Pelakon drama Nur itu juga menyarankan syarikat produksi mengambil pelakon cantik daripada memanggilnya sekadar untuk mencukupkan orang serta menjadi bahan senda.

“Zaman sekarang saya faham semua cantik-cantik. Tapi jika panggil saya hanya untuk memenuhkan ‘frame’ dan jadi bahan, lupakanlah. Saya sudah tua untuk hadap.

“Hati makin lama makin terasa. Panggil sajalah yang cantik manis kalau buruk pun tetap cantik.

Saya sudah tak nak jadi bahan. Dalam gambar memang nampak manis tapi hakikatnya. Saya biasa saja cuma bagi saya ciptaan Allah ini sudah cukup sempurna tapi yang menjahanamkan perasaan adalah manusia,” katanya.

Tak Tahan Hari-Hari Kena Maki

Noorkhiriah mendedahkan dia sering menerima mesej berbaur kata-kata kesat daripada individu yang tidak dikenali di Instagram miliknya.

Menurut Noorkhiriah, dia tidak tahu motif individu yang menggunakan nama samaran P.Ramlee itu mengirimkan mesej tersebut setiap hari kepadanya.

Wanita berusia 41 tahun itu turut berkongsikan paparan mesej yang diterimanya memanggilnya dengan nama ‘b*bi’.

“Akak tak marah, cuma sila take note. Tolonglah jaga jari daripada berterusan buat dosa.

Maaf, akak tak tutup nama dia. Sebab mamat ini macam sakit mental ke apa ke tak pasti.

Tapi hari-hari hantar maki,” tulis di media sosialnya itu

Kata Noorkhiriah lagi, kemungkinan individu tersebut sengaja mahu mencuri perhatiannya untuk meraih pengikut.

Malah, ibu kepada dua anak itu turut tertanya-tanya apa sebenarnya yang terbuku di hati individu tersebut.

“Marah pun tak guna cuma apalah yang terbuku di hati mamat ni agaknya.

Rajin betul hari-hari hantar maki kepada akak. Mungkin nak pengikut kot. Sesiapa rajin pergi follow ya,” luahnya.

Perkongsian Noorkhiriah itu turut mendapat respon daripada pengacara Fiza Sabjahan juga mengakui menerima gangguan yang sama daripada pemilik akaun tersebut.

Bagaimanapun, Khiriah berkata, dia memaafkan individu tersebut atas perbuatannya itu.

Malah turut menasihatkan individu tersebut agar sentiasa bersopan santun dan tidak lagi menambah dosa

“Mana Mahu, Pakai Krim Terus Besar,” – Noorkhiriah Tak Terima ‘Paid Review’ Menjatuhkan Maruah Wanita

Pelakon Noorkhiriah memberi amaran kepada peniaga atau pengasas produk yang mahu menggunakan khidmatnya untuk ‘paid review’.

Ini supaya tidak memberikan foto seksi yang menjatuhkan maruah wanita.

Menurut Noorkhiriah dia akan menolak jika produk yang menggunakan aset wanita untuk melariskan produk.

“Ulang khabar, nak buat review dengan Akak (Noorkhiriah) mohon sangat bagi gambar molek ya waima kartun.

Kartun pun kalau silap bentuk nampak seksinya. Maaf sangat.

“Lagi satu kalau boleh founder nak lariskan produk jangan sampai menjatuhkan maruah wanita.

Contoh banyak dah sekarang, seperti tegang dan besar segala (bentuk badan).

Mana mahu pakai krim terus besar akalu acuannya memang kecil,” katanya.

Noorkhiriah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Tambah pelakon drama

Nur itu lagu, sesuatu produk itu akan laris jika ia berkualiti dan berkesan.

“Kalau produk bagus, pakai kelambu pun orang beli. Hati-hati dengan tipu daya dunia,” katanya lagi.

Pun begitu, Noorkhiriah menutup komen untuk kemas kini tersebut.

Terdahulu, Noorkhiriah menerima khidmat ‘paid review’  produk yang kebanyakannya makanan.

Menurut Khiriah, tindakannya itu disebabkan sejak kebelakangan ini banyak peniaga yang sanggup tayang ‘body’ demi melariskan produk.

“Disebabkan akak tak baiklah akak jadi gini.

Dan disebabkan sekarang dah terlalu ramai tak kira perempuan tulen atau sebaliknya.

“Akak minta maaf sebab terpaksa tegas camni.

Dah takda segan silu tonjol buah kelapa, cempedak, pisang, betik segala,” tulisnya di Instagram (IG).

Pemilik nama Noorkhiriah Ahmad Shapie turut berkongsi perbualan dengan peniaga yang dikehendaki menghantar terlebih dahulu video untuk diperiksa sebelum membuat bayaran.

Sementara itu, pelakon yang terkenal dengan watak Aishah dalam drama rantaian Nur dan Nur 2 menyatakan dia ingin mengelak daripada berkongsi kandungan yang tidak senonoh.

Dia berharap agar semua pihak memahami dengan permintaannya.

“Bahu akak dah berat dengan dosa. Kongsi pun akak dapat saham. Dosa sendiri dah banyak adik.

“Akak tak baik tapi cuba mengelakkan. Mohon maaf sangat dan terima kasih korang sangat-sangat memahami.

“Sama-sama lah kita cari redha Allah sebab rezeki ni Allah yang bagi dan punya.

Jangan takut tertutup 1 pintu 10 pintu Allah buka. Yakin,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, penyanyi Siti Sarah meluahkan rasa terkilan dengan sikap segelintir peniaga yang sanggup melakukan cara pemasaran produk dengan cara yang salah sehingga menjatuhkan maruah diri.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom like page kami Limau Manis Media

Sumber : Budaksitu.pw

Be the first to comment on "“Pakai Krim Terus Besar” Founder ni Mahu Noorkhiriah Buat Paid Review, Sekali Jawapan Dia Bagi Memang Mengejutkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*