“Ajak tiktok ke ajak g4duh ni?”, video Ain Edruce raih perhatian!

Tidak dinafikan generasi pada masa kini lebih cenderung untuk mencari hiburan di pelbagai aplikasi yang wujud. Tiktok adalah antara aplikasi yang kini semakin mendapat perhatian tidak kira muda mahupun yang berusia.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun di Twitter yang dikenali sebagai @ainedruce dimana terdapat seorang makcik yang sedang melakukan tarian Tiktok. Pengacara jelita ini juga turut tidak ketinggalan untuk memberikan reaksi terhadap video berkenaan.

“Ajak Tiktok ke ajak gaduh ni?”, kata pemilik akaun tersebut. Menerusi video berkenaan, video tersebut kelihatan sangat melucukan apabila makcik berkenaan menari dengan penuh bersemangat sehingga ia kelihatan seperti ingin mencari gaduh. Tidak kurang juga apabila Ain turut memberikan reaksi yang melucukan seolah-olah dirinya terkena tumbukan wanita itu.

Rata-rata warga netizen berasa terhibur setelah melihat gelagat mereka berdua di samping turut memberikan komen-komen yang menghiburkan.

”Part air reny4i ke bawah tu dah macam kepala air sungai dah . Hahahaha tacod”, kata salah seorang warga netizen yang men1ngg4lkan komen di ruangan akaun terbabit.

Ternyata, video yang berdurasi selama 11 saat itu telah meraih perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 12.4 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Twitter berkenaan.

“Sengal la…”

“Sekali kepala aku terikut…”

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom like page kami LM Media

Sumber : LM

Be the first to comment on "“Ajak tiktok ke ajak g4duh ni?”, video Ain Edruce raih perhatian!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*