Sejak semalam juga, nama Fazura menjadi bualan ramai apabila satu rakaman video dia menerima kejutan istimewa daripada insan tersayang sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-37 tahun sekali gus mendapat perhatian warganet dilaman sosial.
Melalui Instagram peribadinya pula, Fazura mengambil kesempatan itu untuk berkongsikan beberapa keping foto sekitar majlis sambutan ulang tahun kelahirannya itu kepada umum.
Sehingga mendapat ribuan tanda suka daripada penguna Instagram yang mengikutinya dimana dia juga merupakan antara selebriti yang mempunyai ramai follower di Instagram dengan jumlah, 5.4 juta pengikut.
Biarpun begitu, Fazura yang kini sedang sarat hamil yang mana telahpun memasuki 37 minggu dan tidak lama lagi bakal menimang cahaya mata sulungnya itu turut meluahkan perasaannya sekali gus berterima kasih kepada suami dan rakan-rakan rapatnya yang telah mengadakan majlis khusus buatnya itu.
Dalam pada masa yang sama, ruangan komen pula Fazura menerima pelbagai reaksi positif dimana penampilannya itu sekali lagi dipuji.
“Terlalu sempurna. Semoga dipermudahkan semuanya. Welcome to motherhood”
“Seronok dikelilingi dengan orang yang menyayangi… tak lama lagi dah nak sambut orang baru. Moga dipermudahkan Kak Faz”
“Faz very sopan, baju semua longgar”
Sangat cantik selebriti jelita ini! Berikut pula antara foto-foto yang dimuat naik Fazura kepada umum dan seperti biasa ia turut mendapat ribuan tanda suka daripada orang ramai.
Dalam pada itu, anda boleh mengikuti juga kisah-kisah menarik yang lain di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom like page kami LM Media
Sumber : HCL
Be the first to comment on "Foto2 majlis ‘birthday’ Fazura cvri tumpuan ramai, “Walaupun model, Fazura tetap…”"