“K-Clique tak boleh cari makan la lepas ni” – Power! MB Selangor Rap Dalam MV Standing In The Eyes Of The World

Semalam kita telah menyambut Hari Malaysia yang ke-57. Hari bersejarah ini pastinya dinanti-nantikan oleh semua rakyat Malaysia untuk memperingati peristiwa penubuhan persekutuan Malaysia.

Walaupun sambutan ini tidak dapat disambut secara besar-besaran disebabkan pandemik Covid-19 yang sedang melanda, namun itu tidak menghalang untuk kita meraikannya dalam norma baharu.

Oleh itu, pihak kerajaan negeri Selangor telah mengambil pendekatan yang menarik dengan melancarkan muzik video lagu Standing In The Eyes Of The World.

Lagu yang pernah dipopularkan oleh ‘Ratu Rock Negara’, Ella sewaktu Temasya Sukan Komanwel 1998 Kuala Lumpur dahulu, sehingga kini masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia.

Tipulah kalau korang tak meremang bulu roma bila dengar lagu ni kan? Lagi-lagi bila dengar waktu perlawanan sukan, takpun bila hari Merdeka.

Bagi versi 2020 ini pula, lagu ini telah diberi nafas baharu dengan menggandingkan Lah Ahmad dan beberapa barisan Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor antaranya, YB Najwan Halimi, YB Juwairiya Zulkifli, YB Rajiv Risyakaran, YB Michelle Ng, YB Lim Yi Wei, YB Edry Faizal, YB Jamaliah Jamaluddin dan YB Chua Wei Kiat.

Apa yang mengejutkan lagi adalah Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari membuat penampilan istimewa dengan nyanyian rap. Wow cayalah YB!

Rata-rata netizen kagum dengan tindakan berani YB Amirudin dan ada juga yang berseloroh dengan mengatakan kumpulan rap K-Clique tak boleh cari makan lepas ni.

Korang boleh dengar lagu ni dekat YouTube. Memang lain dari yang lain. Bila lagi nak dengar menteri menyanyi kan. Syok gila!

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom like page kami LM Media

Sumber: lobakmerah

Be the first to comment on "“K-Clique tak boleh cari makan la lepas ni” – Power! MB Selangor Rap Dalam MV Standing In The Eyes Of The World"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*