” Tiada rezeki Bonda medakap dan membesarkanmu.. ” Yatt Hamzah

TIADA rezeki menimang cahaya mata kelima, pelakon Yatt Hamzah berkongsi berita sedih apabila mengalami keguguran selepas keracunan makanan pada petang Selasa.

Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, 40, berkata, pada awalnya dia muntah-muntah dan cirit-birit selepas menikm4ti makan malam di sebuah restoran ikan bakar di Melaka, pada malam Isnin.

“Wahai anak bonda yang kelima… tiada rezeki bonda untuk mendakap dan besarkan kamu di dunia seperti kakak-kakak yang lain. Semoga ada rezeki berjumpa dan mendakapmu di akhirat nanti.

“Sejak semalam bonda keracunan makanan hingga cirit-birit dan muntah selepas makan di restoran ikan bakar pada malam sebelumnya. Mulanya ingat s4kit perut kerana keracunan sahaja, rupa-rupanya kamu nak pergi tinggalkan bonda, ” tulisnya di Instagram pada malam Selasa.

Yatt cirit-birit sehari sebelum disahkan keguguran.

Yatt berkata, dia berasa panik kerana ia merupakan pengalaman pertamanya mengalami keguguran.

Dia turut meminta peminat dan orang ramai mendoakan kesihatannya kembali pulih seperti biasa.

“Pengalaman pertama (keguguran) sebak tak terkata. Panik sekejap masa awal tadi. Semoga Allah bagi kekuatan” ujarnya.

Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo, Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Suci Humaira Iqima, 4, Suci Hayfa Medina, 2 dan Suci Hawa Zulaikha yang kini berusia sembilan bulan.

Yatt mempunyai seorang lagi anak, Suci Hanania Malika, 8, hasil perkahwinan sebelum ini dengan Abdul Mutalib Shukor.

MALANG tidak berbau menimpa pelakon Yatt Hamzah apabila bayinya yang berusia 50 hari terlepas dari dukungan.

Yatt Hamzah berkata, anak keempatnya iaitu Suci Hawa Zulaikha terjatuh atas lantai dan insiden itu berlaku di hadapan matanya.

“Mohon doa semua. Baby Hawa yang baru berusia 50 hari, baru saja jatuh atas lantai setelah kakaknya terlepas dari dukungan semasa berjalan menuju ke arah bonda.

Yatt berkongsi perkara itu menerusi di Instagramnya.

“Bonda sangat risau dengan keadaan dia. Kasihan baby Hawa. Sekarang nak terus ke h0spit4l,” kata Yatt.

Yatt memuat naik status berkenaan di Instagramnya pada Khamis dan rata-rata netizen mendoakan agar anaknya dalam keadaan baik.

Dalam pada itu, Yatt ketika dihubungi mStarmemberitahu bayinya mengalami sedikit bengkak di kepala dan perlu dipantau dalam masa 24 jam.

“Baby baru lepas dirawat. Dia ada bengkak sikit di kepala tapi tak boleh nak xray sebab masih terlalu kecil.

“Ubat pun tak boleh bagi. Doktor kata macam stabil setakat ini tapi kena pantau dalam masa 24 jam.

“Kalau muntah berterusan kena bawa semula ke h0spit4l. Doakan bayi saya ya,” katanya.

Yatt masih tidak mendedahkan wajah bayi keempatnya.

Pada 30 Disember tahun lalu, Yatt melahirkan bayi perempuannya seberat 3.30 kilogram di sebuah h0spit4l di Kuala Lumpur selepas lewat 13 hari dari tarikh jangkaan.

Yatt dan Mohammad Zulfadhli yang juga seorang juruvideo mendirikan rumah tangga pada Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Suci Humaira Iqlima, 4, serta Suci Hayfaa Medina, 2.

Pelakon drama Jejak ini mempunyai seorang lagi anak perempuan bernama Suci Hanania Malika, 10, hasil daripada perkahwinan pertama dengan Abdul Mutalib Shukor.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom like page kami LM Media

sumber : mstar

Be the first to comment on "” Tiada rezeki Bonda medakap dan membesarkanmu.. ” Yatt Hamzah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*