Rayhan Luah Perasaan Selepas Hilang Rumah Cantik, Kereta, Wang & Pekerjaan Yang Bagus

Harta yang dimiliki oleh seorang warga Banladesh, Rayhan Kabir yang sebelum ini telah diusir dari Malaysia selepas mengeluarkan kenyataan berniat membvrukkan Malaysia.

Dalam artikel itu mengatakan Rayhan ada meluahkan perasaannya kepada media di negara kelahirannya itu selepas tiba di sana.

 

Temuramah itu dilakukan oleh media Dhaka Tribune dan Rayhan menyatakan yang dia sebelum ini memiliki segalanya dan kini hil4ng semuanya selepas muncul dalam dokumentari Locked Up In Malaysia Lockdown yang diterbitkan Al-Jazeera.

Saya mempunyai segalanya, rumah yang cantik, kereta, pekerjaan yang bagus dan kewangan yang stabil. Namun segalanya berakhir selepas saya muncul dalam dokumentari itu. Saya nekad tidak memakai penutup muka kerana bercakap tentang sesuatu yang benar. Bercakap mewakili masyarakat bukanlah perkara asing dalam hidup saya kerana pernah berbuat demikian beberapa kali sebelum ini. – Jelasnya.

Bagi kami itu tidak menjadi lesen untuk Rayhan menyatakan sesuatu buruk tentang negara Malaysia sedangkan dia mengakui yang dirinya telah memiliki segalanya di negara asing ini.

Selain itu, Rayhan juga menyatakan rasa sedihnya kerana tiada langsung wakil Al Jazeera yang datang berjumpa ataupun menghubunginya.

Apa-apapun kini Rayhan sudah tidak berada di Malaysia dan dihantar ke nagara asal. Dia turut telah disenari hitam untuk memasuki negara Malaysia buat selama-lamanya. Kita sebagai rakyat Malaysia kena kuat untuk mempertahankan negara dari sebarang anasir j4hat yang cuba memburukkan imej negara.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom like page kami LM Media

Sumber : Ohmedia

Be the first to comment on "Rayhan Luah Perasaan Selepas Hilang Rumah Cantik, Kereta, Wang & Pekerjaan Yang Bagus"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*