Wife Aku Ni Special Sikit Orangnya, Bukan Special Sebab Dia Kaya Kaa, Dia Cerdik Kaa, Dia Berjawatan Tinggi Kaa.. Bukan Semua Tuu

Menutur sabar itu mudah, tetapi tidak semudah itu ia mampu melunturkan perasaan gundah dan negatif seseorang.

Terutama pada situasi yang dihadapinya terutama kepada yang masih buntu penyelesaian.

Bukan mudah untuk bersabar dan jauh lebih sukar untuk mempertahankan kesabaran.

Jika dapat melepasi tahap sabar, maka sabar itu boleh menjadi penawar paling mujarab dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi.

Dalam rumah tangga, syurga seorang isteri bergantung kepada reda suaminya.

Namun dugaan paling besar buat seorang wanita ialah bersabar.

Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami.

Kita – makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata.

Dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami – sengaja atau tidak sengaja.

Rasulullah S.A.W sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan – saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami.

Si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain.

Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah, betapa ngerinya!

Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami.

Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.

RENDAHKAN HATI MEMOHON MAAF

Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita.

Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.

Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita.

Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita.

Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita.

Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri.

Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!

Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tidak suka, banyakkan berdoa pada Allah.

Kita tidak boleh ubah suami kita, tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.

Kali ni kami akan share sebuah cerita dan dugaan yang menimpa seorang suami tentang isterinya

BIAR AKU TERUS TERANG…

Wife aku ni special sikit orangnya, bukan special sebab dia kaya kaa, dia cerdik kaa, dia berjawatan tinggi kaa..

Bukan semua tuu..dia ambil degree pon sekerat jalan jaa tapi dia special bagi aku sebab dia ada s4kit misteri yg datang tiba2..

Da mungkin ni adalah ujian bagi aku sebagai ketua keluarga..

Wife aku ni, kalau stress atau marah sikit memang terus pengsan..

Kalau pergi tempat ramai2 orang pon jadi pengsan tiba2 juga sesetengah tempat la…

Tu aku tak berani nak tinggal dia sorang2, tambah2 lagi dengan anak kecil ni..

Lepas sedar daripada pengsan tu terus badan dia jadi lemah dalam 1atau 2 hari

Lepastu dan dia akan alami s4kit kepala la, s4kit perut la, letih laa, malas laa dan macam2 ..

Aku dah puas pergi bawak berubat dengan, ustaz2 semua dah cuba tapi still sama.

Kalau mula2 kahwin dulu perangai wife aku memang ‘special’ gilerr,.

Cepat s4kit, cepat lemah, cepat menangis, cepat terasa,cepat merajuk,cepat marah dan cepat pengsan tak kira masa,.

Sampai aku terduduk tak tahu nak buat apa

Kadang2 aku sampai terasa tak boleh nak terima semua tu

Tapi bila kelamaan ni aku jadi biasa dah dengan perangai ‘special’ dia tu dan aku bersyukur dengan nikmat & ujian ni ..

So, korang jangan lah anggap aku ni takut bini ke apa sebab tak datang program/lepak dengan korang..

Cuma buat masa sekarang aku ada komitmen yang tinggi untuk jaga keluarga aku dulu.

Aku buka kedai pon untuk wife aku juga, aku tak harap sangat dia kerja dekat tempat lain..

Aku bimbang peny4kit misteri dia tu datang menyerang tiba2..

Ye lah, kalau kerja dengan majikan ni paham2 la dia punya tekanan macam mana kan?

So, better wife aku tu jaga kedai dia sendiri mudah..

Boleh dia nak create macam mana kehidupan dia tanpa ada bebanan daripada luar..

Last but not least, walauapapun yang terjadi kat wife aku..

InsyaAllah aku akan still love her forever and ever till jannah..itu tanggungjawab aku sebagai suami..

p/s: cuma masalah aku sekarang aku tak pandai nak memasak.

Nanti kalau wife aku s4kit aku tak tahu lah nak suruh siapa masak nih..

Kadang2 maggi aku buat pon rasa tawar jaa.. haha

Hamba Allah Yang Lemah Sangat-Sangat.

Korang bagi lah aku kata² peransang, kata² semangat, atau ape je lah.

“Dunia..penghujung usia(muttakhirin)pelbagai fitnah serta unsur2 khurafat yg bnyak mmesongkan akidah pda umat akhir2 ni..

Smpi kan jauh dri mngngati Allah azza wajalla..

Bnyak individu2 mnggunakan sihir bgi mmecah belahkan rmah tangga perubutan harta bnda krena sifat tamak haloba dengki serta khianat..

Ats sbb kkurangan ilmu agama ataupn ass2 keagamaan..

na’uzubillah min zalik..semoga d jauhkan sifat2 mazmumah sedemikian..”

“Dulu ms aku ibu tunggal bertahun jgk aku kena pendarahan akibat santau.kena santau tolak pinangan.

Skrg dah kawin alhamdulillah xde lg pendarahan lama jgk iktiar perubatan islam”

“tula melayu percya sgt ngn bnda2 mcm tu, anggp jela xde rezeki lg..belom smpai mse lg nk ade ank..

Yg bomoh tu pulk nth spe2 la yg jdik bhn tuduhan die tu..fitnah sne sni,.

Ckp org tu buatla apla..nth2 org yg ditduh tu xthu menahu lgsung”

“Sebelum aku mengandung dulu…aku pon pernah period sebulan 2 kali…2-3 hari je ok lepas tu period lagi…

Sebab lebih 17 har mandi n solat mcm biasa…3 bulan jd mcm tu…

Mmg masalah hormon lepas tu doctor bg ubat..jd kena betulkan tu…”

Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia m4ti dalam keadaan mendapat redha seorang suami.

Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan!

Tidak teringin ke kita untuk mendapatkannya?

NIAT JADI ISTERI YANG TERBAIK

Hari ini, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba.

Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Inshaa-Allah.

Ayuh tutup aurat kita serapat mungkin agar kita bakal menjadi ketua bidadari untuk suami kita di syurga kelak.

Lindungi walau sehelai rambut. Litupi walau hanya tapak kaki yang kita rasa hanya berada di bawah tapi ia yang bakal menentukan ke syurga kah kita.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom like page kami LM Media

sumber: https://budaksitu.pw/

Be the first to comment on "Wife Aku Ni Special Sikit Orangnya, Bukan Special Sebab Dia Kaya Kaa, Dia Cerdik Kaa, Dia Berjawatan Tinggi Kaa.. Bukan Semua Tuu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*