Datuk AC Mizal Ded4h punca kenapa isterinya Kena Lvdah buat ramai Tak sangka..

Pengacara dan pelakon popular Datuk AC Mizal mengimbas kenangan pahit yang dilalui oleh isteri kesayangannya Datin Emylia Rosnaida selepas mendirikan rumah tangga.

AC mendedahkan perkara itu secara eksklusif menerusi program Rumah No 107 yang bakal disiarkan malam ini.

Menurut AC, ramai yang menganggap Emylia adalah punca penc3-raiannya dengan bekas isteri.

Disebabkan tanggapan itu jugalah Emylia menerima pelbagai k3caman termasuklah insiden dilvdah sewaktu membeli barangan keperluan.

“Orang c4ci dia macam-macam, saya ingat lagi dia cerita dia pergi pusat membeli-belah untuk beli barang kemudian orang ludah.

“Saya akan ingat insiden itu sampai bila-bila, orang ludah dia sebab saya. Saya kahwin dengan dia selepas setahun saya berc3rai dan orang menganggap seperti dialah penyebabnya.

“Tapi sebenarnya tidak, selepas saya berce-rai selama setahun kemudian barulah saya bersama dengan dia.

“Ada sampai satu tahap dia balik rumah saya tengok dia men4ngis. Saya tanya kenapa namun dia tidak mahu cerita

“Sampailah selepas seminggu dia beritahu tidak mahu pergi membeli barang. Saya tanya lagi dan kemudian barulah dia cerita apa yang menimpa.

“Tiada apa perkataan yang boleh menggambarkan siapa awak untuk saya. Awaklah nyawa saya dan saya tahu saya tidak akan berada di sini tanpa awak disisi saya. Terima kasih isteriku,” ucap AC sebak.

Selain AC, Nabil Ahmad juga merupakan tetamu undangan untuk program tersebut.

Rumah No 107 dihoskan oleh Khir Rahman bersama Joey Daud, Man Raja Lawak, Ropie dan juga Vicha dengan watak masing-masing.

AC Mizal Throwback Foto Kahwin – “Kurus Dan Kacaknya Inspektor Mazlan”

Pengacara Datuk AC Mizal terkenang kembali zaman remaja apabila memuat naik sekeping foto perkahwinannya bersama isteri Datin Emylia Rosnaida.

Menerusi laman sosial Instagram, AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini berkongsi foto tersebut untuk tatapan umum.

“Tengok gambar ni teringat zaman remaja dulu-dulu,” tulis AC ringkas di ruangan kapsyen.

Pada majlis persandingan yang diadakan di Ipoh Perak pada tahun 2002 itu, AC dan Emylia masing-masing mengenakan busana berwarna putih dan aksesori sebagai pelengkap gaya. Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, ramai pengikut yang teruja dengan penampilan kacak AC yang sinonim dengan watak Inspektor Mazlan dalam sebuah drama kepolisan Gerak Khas.

“Teringat muka Datuk sama dengan Inspektor Mazlan,” komen seorang wargamaya.

“Ini yang dalam cerita Gerak Khas tu kan?” tanya seorang wargamaya.

“Nak tanya AC warna lipstick tu color apa ye?” usik seorang wargamaya.

“Alhamdulillah susah senang bersama. Perjalanan yang penuh cerita. Semoga Allah murahkan rezeki Datuk dan Datin. Ini memang legend,” doa seorang wargamaya.

“Zaman kegemilangan ni, Datuk AC kurus dan kacak,” puji seorang wargamaya lagi.

Sekadar info, AC pernah berkahwin dengan Shafnie Zainuddin pada 24 Jun 1995 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki dan berpisah pada 17 Oktober 2001.

Kemudian AC dan Emylia mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2002 dan menpunyai dua anak iaitu Damien dan Fea.

Dalam perkembangan lain, AC kini menjadi hos bagi sebuah rancangan realiti terbaru di Astro, Suara Viral

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom like page kami LM Media

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Datuk AC Mizal Ded4h punca kenapa isterinya Kena Lvdah buat ramai Tak sangka.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*