Mertua ini lakukan hal yang meng3jutkan selepas terima menantu yang kurang pendidikannya

Assalamualaikum semua. Sudah lama saya mengikuti posting di page ini. Semua kisah2 nya menarik, ada juga yang menginsafkan saya. Dahulu jarang saya bermain facebook. Sejak bersara Oktober 2017, hari2 saya baca status kawan-kawan di sini.

Baru-baru ini, seorang rakan lama saya di maktab dahulu hubungi saya. Dia memberitahu bahawa baru kehil4ngan menantu perempuan yg pergi buat selamanya sewaktu bersalin anak ketiga. Saya tahu mengapa dia hubungi saya, kerana saya sudah mengalami pengalaman yang sama seperti dirinya.

Pada 2012, saya kehil4ngan menantu perempuan kesayangan saya. Namanya Madiha. Madiha berkahwin dengan satu-satunya anak lelaki saya, Abdul Basit. Kami sekeluarga panggil dia Basit. Mereka berkenalan atas jasa anak sulung saya. Madiha bekerja sebagai pembantu jururawat di sebuah klinik berdekatan dengan tempat kerja anak sulung saya,

Disebabkan Madiha selalu menguruskan temujanji untuk anak sulung saya, mereka menjadi rapat. Sehinggalah membawa kepada perkenalan Madiha dan Basit. Mereka dipertemukan di klinik tersebut. Masa itu, Basit masih di luar negara, di tahun akhir pengajian sebagai pelajar perubatan.

Selepas setahun berkenalan, Basit membawa Madiha berjumpa dengan saya dan suami. Pada mulanya, saya dan suami tidak mengetahui perkenalan itu. Sehingga beberapa minggu sebelum Basit membawa Madiha pulang berjumpa saya. Saya berasa sangat seronok, sangat teruja untuk berjumpa Madiha, sehingga lah saya mengetahui asal usul keluarganya, saya mula rasa ragu-ragu.

Madiha merupakan anak sulung daripada 3 beradik. Dia hanya mempunyai kelulusan STPM sahaja, tidak mampu menyambungkan pengajian kerana perlu bekerja untuk sara keluarga. Ayahnya pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah. Ibunya ambil upah paruut kelapa di kedai santan. Adik-adiknya masa itu masih ada yg sedang menuntut di KPTM dan tingkatan 4. Madiha asal Terengganu. Saya dan suami pula memang anak jati Negeri Sembilan.

Madiha merantau ke Selangor untuk menjadi pembantu klinik di Petaling Jaya. Dengan kerjanya itu lah yang diharapkan dapat membantu keluarga di kampung. Saya gusar untuk merestui hubungan itu, khuatir jika Basit akan dipergunakan oleh Madiha untuk keluarganya. Saya sangat ego dan angkuuh ketika itu.

Masa itu saya juga merupakan seorang pegawai kanan sekolah menengah dan suami pula seorang pegawai bank. Saya tak mahu menantu yang tiada asas pendidikan dan keluarga yang terumbng ambing. jadi, saya katakan tidak kepada Madiha. Pun begitu, Basit sama sekali tidak mengalah, dia sentiasa memujuk saya untuk menerima Madiha sebagai isterinya.

Melihat akan kesungguhan itu, saya terpaksa menerima Madiha. Mereka berkahwin setahun selepas itu, pada tahun 2009. Masa itu, Basit baru beberapa bulan bekerja. Dia masih ulang alik rumah saya dan h0spit4l dalam 40 minit. Madiha tinggal dengan saya juga. Sebab dah duduk dengan saya, rumah dengan tempat kerja Madiha jauh, jadinya dia berhenti kerja.

Dari situ, saya mula mengenali hatinya yang luhur dan suci. Waktu itu dirinya baru di usia 25 tahun, Basit pula 26 tahun. Seingat saya, tidak pernah sekali pun, saya bagun pagi, Madiha tiada di dapur. Setiap pagi, saya bagun sahaja tidur, nak bersiap untuk ke sekolah dan urusakan suami nak kerja, saya dah dengar kelentang kelentung di dapur. Terdetik di hati saya, apa sahaja lah yang dia buat di dapur tu?

Bila sudah siap solat, saya akan keluar bilik dan ke dapur. Terkejut saya, hampir separuh meja penuh dengan makanan untuk sarapan pagi. Nasi goreng, keropok lekor, makanan kuih frozen, kadang-kadang siap saya bungkus buat bekal di sekolah. Basit juga sama, siap bawa bekal ke h0spit4l jika sempat.

Setiap kali saya nak pergi kerja dengan suami, Madiha akan tunggu di pintu sampai kami pergi dan tak nampak di biji matanya. Setiap kali saya dan suami sampai di rumah, dia akan tunggu juga di pintu. Sambut kami dengan senyuman dan sapaan yang menyejukkan hati.

Malam-malam pula, selepas maghrib dia akan mengetukk lembut pintu bilik saya, bertanya jika ada apa-apa yang boleh dia bantu. Saya selalu marah dia bila dia tanya macam tu. Selepas seharian dia menguruskan rumah, lipat baju, jemur baju memasak dan lain-lain, dia patut berehat. Madiha hanya tersengih. Jawab dia, dia tidak ada apa-apa yang boleh di offer kepada saya, hanya itu sahaja yang dia mampu buat dan dia akan berikan yang terbaik.

Menjelang puasa, Madiha akan catat semua menu yang suami saya, saya, Basit dan anak bongsu saya nak makan. Dia lah orang yang paling seronok ketika bulan puasa, sebab semua orang akan memuji masakannya. Termasuk saya, kegemaran saya, sambal tempe dan nasi kerabu tumis. Enak sungguh masakannya.

Dia lah yang berjalan sebelah saya untuk ke terawih. Jarak surau dengan rumah kami dalam 300m. Kami berjalan bersama-sama. Kalau Basit ada, dia akan berdua jalan iringan dengan Madiha. Dalam ketika itu juga, saya diuji dengan ibu saya s4kit tua. Adik beradik yang lain main pass sana sini tidak mahu menjaga ibu, saya ambil keputusan untuk jaga ibu. Saya berbincang juga dengan suami dan anak-anak, sama ada patut atau tidak saya berhenti kerja untuk menjaga ibu.

Tetapi Madiha menghalang cadangan itu, katanya dia boleh menjaga ibu saya, anggaplah seperti dia menjaga neneknya sendiri. Neneknya pergi buat selamanya ketika dia masih di sekolah rendah. Dia tidak berpeluang untuk mejaga neneknya, mungkin itu hikmah untuknya berbakti kepada seorang bergelar nenek kata dia.

Hati saya menjadi sayu dan terharu mendengar kata-kata Madiha. Sejak itu, Madiha menjadi tulang belakang dan jiwa di rumah kami. Tanpa Madiha rumah itu sunyi sepi. Tiada seri. Hubungannya dengan Basit juga semakin indah hari ke hari. Pantang ada masa terluang, Basit akan bawa Madiha bercuti, paling tidak keluar makan dan tengok wayang bersama.

Keluarga Madiha juga tidak pernah saya abaikan. Saya dan suami sentiasa hubungi sendiri ibu bapanya dan bertanyakan khabar. Mereka juga sentiasa mengirim barang seperti budu, keropok keping dan lain-lain ke rumah kami. Madiha menjaga ibu saya dengan sangat baik. Makan minum ibu saya dijaga rapi. Dari beratnya yang 46kg ketika sampai di rumah saya, dalam masa dekat 3 bulan, naik berkilo-kilo kerana selera makannya naik dengan lauk pauk masakan Madiha.

Dia juga semakin bersemangat untuk jalani hidup, petang-petang, dia akan minta untuk duduk di laman rumah, tengok kanak-kanak bermain di depan rumah jiran tetangga. Sehinggalah keadaan tidak mengizinkan lagi dia bersama kami, ibu saya sudah tiada di h0spit4l dengan keadaan menggenggam erat tangan Madiha, seolah-olah ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Madiha yang menjaganya hampir setahun itu.

Madiha juga serang wanita yang sangat menjaga solatnya, bukan sahaja yang fardhu, yang sunat juga di jaga rapi. Kata Basit, setiap malam, Madiha akan bangun solat tahajud, sesudah itu mengaji dan terus tunggu solat Subuh. Kemudian terus turun ke bawah untuk sediakan sarapan pagi. Kadang kala, waktu cuti sekolah saya cuba juga untuk sediakan sarapan sebelum Madiha keluar bilik, tapi tak pernah dapat. Mesti Madiha keluar dahulu, sudahnya kami ketawa dan buat bersama.

Tidak dinafikan, Madiha memang menawan hati orang sekeliling saya. Bila berkunjung ke rumah sanak saudara, tidak kira lah masa kenduri atau raya, mereka mesti kata, untungnya kau dapat menantu solehah, cantik, pandai jaga suami, jaga diri. Sampaikan ada antara mereka yang kata pada anak masing-masing, kalau kau nak kahwin, tak dapat jumpa macam Madiha, tak payah kahwin lah.

Kawan-kawan saya juga begitu, ada masa saya bawa Madiha ke event-event saya dan rakan-rakan sekolah macam seminar luar sekolah, hi-tea dan kelas-kelas agama, Madiha pandai bergaul dengan mereka dan kata-kata nya yang jujur dan sopan santun itu buat semua orang terpegun dan merindui dia. Bila saya tak bawa Madiha bersama, mereka pasti akan tanya.

Semuanya berubah selepas beberapa bulan Basit dan Madiha keluar dari rumah saya dan tinggal sendiri di rumah baru mereka. Jarak rumah baru itu kurang 10km dengan h0spit4l, jadi mudah untuk Basit ulang alik ke tempat kerja. Hujung minggu biasanya saya yang ke rumah mereka sebab Basit selalunya bekerja.

Selang beberapa bulan selepas itu, Madiha tak berapa sihat. Basit kata, dia selalu d3mam panas dan mengadu s4kit badan. Saya dan suami segera minta Madiha diperiksa semuanya. Kami nak tahu apa s4kit yang dihidapi oleh Madiha kerana keadaannya dilihat sangat serius.

Kami semua terkejut selepas beberapa pemeriksaan dibuat, Madiha disahkan menghidap s4kit b4haya. Maaf cerita saya terpaksa terhenti disini. Insyaallah jika ada kelapangan saya sambung cerita menantu kesayangan saya lagi.Sambungan ke Part 2

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom like page kami LM Media

Sumber : Mediabawang

Be the first to comment on "Mertua ini lakukan hal yang meng3jutkan selepas terima menantu yang kurang pendidikannya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*