“Bar4ng kena selam baru dapat” – Komen Nak4l Zizan Terhadap Jennie BLACKPINK Dik3cam Netizen

Sebut sahaja tentang BLACKPINK, pasti anda teringat akan ahli-ahli mereka yang terdiri daripada Jennie, Jisoo, Rose dan Lisa.

Baru-baru ini, Jennie ada memuat naik sebuah gambar beliau memperagakan seluar dalam jenama Calvin Klein di laman Instagram. Gambar tersebut adalah hasil kolaborasi artis Korea terbabit bersama jenama antarabangsa itu.

Gambar tersebut mendapat banyak komen-komen yang memuji kecantikan vokalis kumpulan BLACKPINK itu. Turut tidak terlepas, pelawak Malaysia Zizan Razak juga ada meningg4lkan komen pada gambar tersebut.

“Nahhhhhh sayang ni. Patot la abang cari boxer abg x jumpa. Sayang pakai rupanya. Tolong basuh nanti pulang balik ye sebab abang beli bundle tu. Barang kene selam baru dapat…”

Meskipun umum mengetahui komen Zizan hanyalah gurauan semata-mata terhadap Jennie, namun ramai beranggapan bahawa komen yang ditulis adalah keterlaluan dan satu bentuk gangguan seksual.

Pada ketika artikel ini ditulis, nama Zizan sedang trending nombor satu di laman Twitter, rata-ratanya meng3cam tindakan pelawak kelahiran program Raja Lawak itu.

Berikut adalah beberapa komen netizen terhadap komen ‘nak4l’ Zizan Razak.

“Memalukan orang Malaysia”

“Try hard sangat”

“Patut la kena friendzone”

Dalam pada masa yang sama, kumpulan BLACKPINK baru sahaja melancarkan lagu terbaru mereka bersama penyanyi terkenal, Selena Gomez. Single yang bertajuk ‘Ice Cream’ itu memecah rekod kumpulan ini sendiri apabila berjaya meraih 10 juta jumlah tontonan dalam masa 2 jam dan 55 minit sahaja.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom like page kami LM Media

Sumber : LOBAK MERAH

Be the first to comment on "“Bar4ng kena selam baru dapat” – Komen Nak4l Zizan Terhadap Jennie BLACKPINK Dik3cam Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*