Kantoi Mabvk, Ini Penjelasan Anak Mukhriz Apa Dia Buat Dalam PUB 1.30 PAGI

HAMPIR seminggu mengambil pendekatan kunci mulut, anak perempuan kepada bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir akhirnya tampil memberi penjelasan berhubung penahanannya di sebuah bar kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menerusi satu posting di Instagram, Meera Alyanna Mukhriz mengakui apa yang berlaku minggu lalu adalah disebabkan kec-uaian sendiri.

Jelasnya, pada hari kejad-ian iaitu 21 Ogos, dia bersama suami pergi ke bar berkenaan dengan dua lagi rakan untuk meraikan ulang tahun salah seorang kenalan mereka.

Cucu Mahathir Di T4ngkap L4nggar PKPP, Mabvk

“Semasa di Salute, sekitar pukul 1.30 pagi, polis memasuki premis dan kami dit4han kerana mel4nggar peraturan PKPP. Di balai polis, saya bersama 29 yang lain telah diambil keterangan.

“Kira-kira pukul 5.30 pagi, kesemua kami telah dikenakan d3nda RM1,000 seorang dan dibenarkan pulang. Setakat hari Selasa, 25 Ogos, kami suami isteri telah melunaskan d3nda yang telah dikenakan itu.

“Dalam seminggu ini, saya telah mengimbau peristiwa tersebut dan akibatnya. Sejujurnya, saya menyesal. Bukan sahaja kerana saya cvai melanggari larangan pergerakan selepas tengah malam, malah bersikap tidak bertanggungjawab di kala kita semua sedang di4ncam pandemik,” katanya dalam kenyataan yang dibuat dalam dua bahasa itu.

Meera Alyanna atau lebih dikenali sebagai Ally menambah, dia juga kesal kerana disebabkan kecuaian tersebut telah menyusahkan keluarga, rakan-rakan dan rakyat.

“Benarlah saya yang bers4lah dan patut pun anda berasa kec3wa tetapi tidak sebesar kek3cewaan dan kek3salan yang saya rasai ketika ini,” ujarnya sambil berjanji untuk memperbaiki diri.

Dalam masa yang sama, dia turut memuji profesionalisme pasukan polis ketika mengendalikan kes berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan anak seorang kenamaan (VVIP) merupakan antara pengunjung yang ditahan berada di premis yang beroperasi melebihi had masa dibenarkan dalam tempoh PKPP.

Personaliti media sosial dan cucu Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, Ally Mukriz baru je selamat diijabkabulkan bersama jejaka pilihannya, Ezran Daud Cheah pada FEBRUARI lalu.

Menerusi laman sosial Instagram, Ally berkongsi beberapa foto perkahwinan untuk tatapan umum.

“Mempersembahkan Mr dan Mrs Cheah,” tulis Ally ringkas di ruangan kapsyen.

Ally atau nama sebenarnya Meera Alyanna Mukhriz memilih teman baik yang dikenalinya sejak 10 tahun lalu sebagai pasangan hidup.

Pada majlis yang diadakan di ibu negara itu, Ally yang merupakan anak kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir tampil elegan dalam persalinan putih renda serta mengenakan rantai berlian rubi serba mewah.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran tokoh-tokoh politik serta sosialit terkenal.

Namun semalam tular di media sosial dakwaan anak perempuan seorang kenamaan ditahan di sebuah pub kerana mel4nggar PKPP.

Media melaporkan seorang anak kenamaan (VIP) antara pengunjung ditahan berada di premis berkenaan yang beroperasi melebihi had masa dibenarkan dalam tempoh PKPP.

Ya, anak dan menantu saya ditahan – Mukhriz

BEKAS Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengesahkan anak perempuan dan menantunya antara 27 individu ditahan polis dalam serbuan di sebuah pub di Taman Tun Dr Ismail dekat Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Mukriz berkata, anak dan menantunya itu dikenakan kompaun RM1,000 mengikut kesalahan dilakukan mereka selepas tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Memang benar anak dan menantu saya dibawa ke balai (polis) bersama dengan 27 orang yang lain atas kesalahan melanggar ‘curfew’ PKPP.

“Mengikut undang-undang berkaitan mereka semua dikompaun RM1,000 dan semua sudah bayar (kompaun) termasuk anak dan menantu saya,” katanya pada sidang media selepas program sepetang bersama Tun Mahathir Mohamad di Pusat Bandar Felda Besout 3, Slim River, hari ini.

Mukhriz berkata, anak dan menantunya wajar dikenakan tindakan kerana tidak mematuhi SOP ditetapkan.

“Saya sudah pesan kepada semua ahli keluarga supaya tidak melanggar SOP ketika musim PKPP ini, memanglah rasa kecewa (tetapi) perlanggaran itu tetap berlaku.

“Kita sudah beri teguran dan memang patutlah dia kena kompaun yang dikenakan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Mukhriz turut mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada PDRM khususnya PDRM Kuala Lumpur yang tegas dan mengambil tindakan secara adil dan saksama dalam pematuhan PKPP tanpa berlaku pilih kasih kepada mana-mana pihak.

Sumber : MSTAR ONLINE

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom like page kami LM Media

Sumber : 

Be the first to comment on "Kantoi Mabvk, Ini Penjelasan Anak Mukhriz Apa Dia Buat Dalam PUB 1.30 PAGI"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*