“Saya dah jadi ketagih” – Anzalna Nasir

Bagai mula menempuh norma baharu, pelakon jelita Anzalna Nasir yang juga ibu kepada seorang cahaya mata bernama Mohamad Eidrees kini khabarnya sudah mula ketagih membeli secara dalam talian sahaja sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

anzalna ketagih shopping online

Menurut Anzalna, situasi itu kemudian mula membimbangkan apabila beliau mula cenderung melakukan pembelian barangan peribadi dan keperluan secara online sahaja.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Anzalna menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagramnya.

 

“Saya suka berbelanja, tapi sejak Covid-19, kebanyakan semua beli online! Masalahnya, sekarang ini setiap hari ada sahaja barang nak beli. Saya dah jadi ketagih membeli-belah secara online sebab seronok bila barang sampai depan rumah! Macam orang bagi kita hadiah!”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I love to shop! tapi sejak Covid kebanyakkan semua beli online! Masalahnya sekarang ni setiap hari ada je barang nak beli I dah jadi ketagih shopping online sebab seronok bila barang sampai depan rumah! Macam orang bagi kita hadiah! 😛 Hahaahahahah Nasib baik anak I lelaki kalau perempuan rasanya lagi banyak benda I shopping! Siapa lagi ada masalah macam I? 😅

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on

Dalam posting tersebut, Anzalna turut memuat naik video yang memaparkan parcel yang baru diterimanya. Bungkusan itu juga turut mempamerkan barangan mewah termasuklah, kasut, baju, seluar dan anak patung kepunyaan anak lelakinya

anzalna ketagih shopping online

Di ruangan komen pula, rata-rata pengikut Anzalna mengakui berdepan masalah yang sama seperti Anzalna apabila tidak dapat menahan diri daripada membuat pembelian secara online.

Bahkan, ramai juga yang mengadu bahawa kewangan mereka juga acap kali berdepan masalah kerana tidak dapat menahan nafsu berbelanja di atas talian. Apa-apa pun berbelanjalah dengan cermat. Ukur baju di badan sendiri.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom like page kami LM Media

Sumber: beutifulinara

Be the first to comment on "“Saya dah jadi ketagih” – Anzalna Nasir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*